MEMASUKI usia separuh abad, namun penampilan Amy Mastura tetap sama tidak berubah.
Biarpun dua cahaya matanya kini sudah menginjak ke alam remaja, namun pelakon dan juga penyanyi itu seolah-olah tidak dimamah usia.
Terbaharu, pelantun lagu Sha Na Na itu memuat naik satu perkongsian di laman Instagram miliknya.
Beliau berkongsi gambar berserta ucapan sempena hari kelahiran anak keduanya, Adalia Tham.
Cepatnya masa berlalu, tahun ini genap usia Adalia 18 tahun.
Seperti biasa, mereka sekeluarga meraikannya secara sederhana.
DAPUR PORT BERGAMBAR
Bukan sahaja simple, bahkan port dapur rumah sentiasa jadi pilihan untuk bergambar seisi keluarga. Malah, kapsyen yang ditulis Amy membuatkan ramai terhibur.
"Semalam Adalia dah 18 tahun. Alhamdulillah, masih di dapur yang sama. Mendoakan yang baik-baik buatnya. Amin," tulis Amy.
Gambar mereka meraih perhatian ramai. Berikut antara komen lucu dan pujian yang diberikan warga maya kepada Amy:
'Mana satu anak, mana satu mak ni.'
Baca lagi Kewajipan isteri & ibu tidak terabai, rupanya air tangan Ezzaty rahsia penambat hati suami
'Mak sentiasa muda. Happy birthday kepada anak Kak Amy. Semoga dipanjangkan umur dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Amin.'
'Anak dah besar, Amy Mastura masih macam dulu-dulu juga. Awet muda.'
'Akak, minta dapur baharu ke macam mana ni?'
'Copy paste muka mak betul dua beradik ni.'
'Itu ayat kiasan nak dapur baharu ke sis Amy?'
Admin memang minat Amy Mastura sejak beliau jadi juara Asia Bagus lagi.
Tetap ramah, ceria dan sentiasa tersenyum. Bila nak ada single lagu lagi?
Sumber: Instagram amymasturalerr
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.