TEKA-TEKI peminat selama ini berkenaan kehamilan Wany Hasrita terlerai apabila empunya diri mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua.

Pelantun lagu Menahan Rindu mendedahkan hal itu kepada media tempatan memberitahu, kandungannya kini sudah mencecah enam bulan.

Isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun itu dijangka bersalin Julai hadapan.

Baca ni ‘Hadiah indah daripada anak untuk ibu.’ Anak raih result cemerlang & dapat anugerah, luahan hati Rita undang sebak!

Pun begitu, beliau dan suami sehingga kini belum membuat keputusan sama ada mahu bersalin atau berpantang di Kuala Lumpur atau Kuching, Sarawak yang mana tempat suaminya bertugas.

“Benar saya kini sedang hamil. Alhamdulillah, tiada sebarang alahan teruk sepanjang kehamilan ini.

“Cuma mungkin kerana berjauhan dengan suami, ada masanya saya sedikit emosional apabila terpaksa menjalani pemeriksaan sendirian dan hanya ditemani ibu,” ujar pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah itu lagi.

BERJAUHAN DENGAN IBU

Mengulas lanjut mengenai sambutan hari raya, Wany yang bakal menyambut di Kuching bersama suami tidak menafikan sedikit sedih terpaksa berjauhan dengan ibunya.

Manakan tidak, ini kali pertama dirinya menyambut Syawal tanpa ibu di sisi.

Baca ni Kewajipan isteri & ibu tidak terabai, rupanya air tangan Ezzaty rahsia penambat hati suami

“Tahun ini buat pertama kalinya saya akan menyambut di rumah suami. Memang sudah menangis awal-awal lagi.

“Mungkin kerana tidak pernah berjauhan dengan ibu. Pun begitu saya akur. Alhamdulillah, ibu sangat memahami. Ibu akan pulang ke kampung halaman di Perak untuk beraya bersama adik-beradiknya,” ujarnya sambil mengakui banyak membuat kerja di belakang tabir dan juga membuat persembahan di luar menyebabkan beliau jarang muncul di kaca televisyen.

Iklan

Ditanya bagaimana sambutan Ramadan tahun ini, beliau mengakui belum berkesempatan untuk memasak dan berbuka bersama suami kerana sibuk dengan shooting.

Baca lagi ‘Bila ALLAH tak bagi, jangan prejudis, jangan marah.’ Banyak dugaan nak tunai umrah, perkongsian Datin Alyah bikin sebak!

“Ramadan saya terisi dengan program Borak Dulu Baru Buka, jadi tiada kesempatan untuk masak dan berbuka dengan suami.

“Mungkin apabila pulang ke Kuching nanti barulah berpeluang berbuat demikian,” dedah Wany lagi.

Iklan

Untuk rekod, Wany dan suami yang kini bertugas sebagai juruterbang mendirikan rumah tangga pada Julai 2022.

Sebelum itu, pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 26 Februari 2022 selepas berkenalan dan mulai rapat pada tahun 2019.

Sumber Gambar: Instagram Wany Hasrita 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.