Boleh ke ibu bapa guna duit raya anak kalau terdesak? Ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Iklan
sinarplus (24)

Boleh ke ibu bapa guna duit raya anak dalam keadaan terdesak? Ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus

HARI raya sinonim dengan pemberian duit raya. Sudah menjadi budaya masyarakat kita memberikan duit raya kepada ibu bapa, saudara mara dan sahabat handai sebagai sedekah yang mengeratkan silaturahim.

Iklan
Iklan

Kanak-kanaklah yang paling gembira menerimanya setiap kali berkunjung pada hari raya. Apabila dihitung besar juga amaun yang terkumpul, adakalanya mencecah ratusan ringgit!

Dengan keadaan ekonomi yang serba mencabar sekarang ini, ada dalam kalangan kita yang terpaksa mengambil duit anak-anak untuk perbelanjaan pelbagai keperluan.

Iklan

Baca juga: Isu dalam menukar duit raya, awas jika ada unsur riba, 7 perkara wanita perlu berhati-hati

[caption id="attachment_111467" width="800"] Kredit foto utama: Pexels[/caption]

Iklan

Awas ya, ibu bapa yang bertindak menguruskan kewangan anak-anak tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan duit raya atau harta anak masing-masing.

Baca juga: Hukum beri duit raya dalam Islam sebagai sedekah, tidak menyerupai angpau

Menurut pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menerusi petikan daripada ceramah beliau ibu bapa menggunakan duit raya anak hukumnya adalah haram. Berikut penjelasan beliau:

SOALAN

Bolehkah menggunakan duit raya anak untuk keperluan harian keluarga atau semasa terdesak? Perlukah diganti semula wang itu atau dikira halal kerana anak juga di bawah tanggungan ibu bapa?

JAWAPAN

Ibu bapa yang mengambil duit anak untuk berbelanja hukumnya adalah haram. Ramai yang melakukan perkara ini hakikatnya ia tidak boleh.

Yang dibolehkan ialah pinjam sekejap ketika terdesak dan situasi memudaratkan. Maka bolehkah meminjam duit raya anak sekejap dan wajib kena bayar semula.

Maka ibu bapa boleh menggunakan duit raya anak-anak untuk bayar bil elektrik tetapi tetap wajib untuk membayar semula.

Menurut Ustaz Azhar lagi, konsep mengambil duit raya anak adalah sama seperti berhutang maka adalah wajib untuk ibu bapa membayarnya semula.

Semoga perkongsian ini menjadi peringatan kepada anda agar tidak sewenang-wenangnya mengambil duit raya anak-anak dan menjalankan tugas menguruskan simpanan mereka dengan baik.

Baca juga: Tak perlu beratur panjang, mudahnya tukar duit raya di mesin, ini senarai ATM Maybank, Ambank, Affin Bank

Sumber: Laman sosial sinar dgital

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.