8 bulan selepas potong usus, berat badan Melly Goeslaw turun 34kg
BINTANG terkenal Indonesia, Melly Goeslaw tidak berselindung berkongsi tentang dirinya yang menjalani proses pemotongan usus atau dikenali atau bariatrik demi mengurangkan berat badannya.
Kompas.com melaporkan, berat badan Melly, 49, pernah mencecah angka 100kg. Namun kini setelah menjalani operasi tersebut, beratnya turun sehingga 52kg.
"Berat aku pernah sehingga 100kg dan sekarang 52 hingga 53kg sahaja. Iya, kau buat operasi potong usus, namanya bariatrik. Memang itu dilakukan orang yang obesiti," ujarnya.
Bicara lanjut penyanyi lagu Jika Aku itu, bagaimanapun tidak semua orang yang obes boleh membuat pembedahan bariatrik tersebut.
"Tak semua orang boleh buat bariatrik. Mesti prosedurnya body mass index (BMI) 35 dan aku sudah diabetes teruk. Diabetes ni bagus kalau lakukan bariatrik itu, jadi lakukan," jelasnya.
Baca juga Melly Goeslaw mahu karya dikenang, teruja bertemu peminat di Malaysia
Setelah menjalani operasi berkenaan, beberapa perubahan dialami Melly Goeslaw.
"Daripada 100 peratus, 85, jadi 15 peratus. Jadi kalau makan, sendawa. Ini paling banyak makan nasi waktu sahur hanya satu senduk.
"Makan perlahan-lahan. Kalau makan satu senduk, kenyang. Masih nak minum, kalau paksa dua senduk, ya tak boleh minum," ujarnya lagi.
Hasilnya, dalam tempoh lapan bulan, berat badan Melly Goeslaw telah turun 34 kilogram.
"Ketika aku menjalani bariatrik, beratku 87 dan kini aku telah kehilangan 34 kilogram dalam masa 8 bulan. Ia turun dengan sendirinya kerana pengambilannya makanan yang sedikit," kata Melly.
Jun lalu, Melly mendedahkan dirinya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan memotong usus kerana faktor kesihatan dan berat badannya sudah mencapai tahap obesiti.
INFO
1. Pembedahan bariatrik antara kaedah selamat, cepat dan mudah untuk menurunkan berat badan.
2. Lazimnya alternatif ini disarankan kepada individu obes yang gagal kurus biarpun telah mengamalkan diet seimbang dan bersenam atau sel-sel lemak terlalu degil.
3. Pun begitu, kira-kira 90 peratus calon dibenarkan menjalani prosedur bariatrik terdiri daripada mereka yang mempunyai (BMI) lebih 32kg/m selain berdepan dengan masalah komorbiditi seperti diabetes, darah tinggi dan komplikasi jantung.
4. Bariatrik merupakan pembedahan mengecilkan saiz perut bagi membantu seseorang mengawal selera makan sekali gus menggalakkan seseorang berasa cepat kenyang.
5. Prosedur tersebut terbahagi kepada tiga kategori iaitu gastrektomi lengan (Sleeve Gastrectomy), pintasan gastrik (Gastric Bypass) dan band gastrik boleh laras (Adjustable Gastric Band). Setiap jenis pembedahan itu mempunyai fungsi tersendiri.
Baca juga Andi Bernadee, Ryan Bakery kongsi rezeki raya
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.