Strok haba ibarat radiator kereta pecah, cepat bertindak waspada tanda awal sebelum ragut nyawa

Iklan
Strok haba ibarat radiator kereta pecah, cepat bertindak waspada tanda awal sebelum ragut nyawa

Strok haba ibarat radiator kereta pecah, cepat bertindak waspada tanda awal sebelum ragut nyawa

BERITA kematian dua kanak-kanak masing-masing berumur 11 tahun dan setahun tujuh bulan di Bachok dan Kota Bahru, Kelantan mingugu lalu, yang dikaitkan dengan strok haba, mengejutkan ramai.

Iklan
Iklan

Ia dipercayai ada kaitan dengan cuaca panas berpanjangan yang dialami negara, terutama negeri di Utara Semenanjung sehingga Ogos ini susulan peralihan Monsun Timur Laut.

Di beberapa negeri seluruh negara, Jabatan Meteologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran bahawa gelombang panas dengan suhu dijangka meningkat sehingga 37 darjah celcius.

Iklan

Menurut perkongsian Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Dr Malar Santhi Santherasegapan, strok haba yang berlaku sama keadaan seperti radiator kereta pecah.

"Senang je nak faham strok haba. Ingat radiator kereta pecah, haaa camtu juga keadaan dalam tubuh ketika strok haba berlaku. Radiator ni kan tugas dia adalah untuk mengawal suhu enjin kereta.

Iklan

"Sama juga tubuh kita Tuhan dah cipta satu radiator semula jadi dikenali hypothalamus yang terletak di dalam otak.

"Tugas hypothalamus ini adalah untuk menyelia dan mengawal suhu dalam tubuh badan kita.

"Kalau radiator tak cukup air dan enjin terlampau panas, radiator boleh pecah kan?

"Sama dengan badan kita, kalau terlampau panas dan tak cukup air makan strok haba boleh berlaku," ujarnya.

Baca juga Strok haba: Ibu bapa jangan abai tanda anak sakit ketika cuaca panas elak hilang nyawa

Tegas Dr Malar, apabila radiator dalam badan kita, hypothalamus gagal berfunsi badan akan mengalami panas terlampau.

"Bila radiator pecah, enjin kereta dibuka ia panas dan berasap-asap bukan? Sama juga bila hypothalamus gagal laksana fungsinya, badan kita akan terlampau panas dan suhu lebih 41 darjah, ia dipanggil strok haba.

"Jika radiator kereta pecah, kereta tak boleh bergerak rosak kan? Sama juga badan kita kalau hypothalamus pecah, tak cukup air, strok haba berlaku, individu tersebut akan meracau, tak sedar otak tak boleh berfungsi, pengsan atau sawan mahupun langsung tak sedarkan diri.

"Bila strok haba berlaku, kulit kita akan menjadi sangat panas, kering dan merah menyala macam kena panggang.

Baca juga Paru-paru kecut, air dalam badan kering, kanak-kanak setahun maut strok haba di Kelantan

"Kadang-kadang kulit juga menjadi pucat kerana bila strok haba berlaku, suhu terlampau tinggi, darah tak boleh mengalir pergi ke organ-organ penting seperti jantung, buah pinggang, otak dan kulit.

"Pada ketika suhu lebih 41 darjah juga manusia tak mengeluarkan peluh kerana tiada air dalam badan. Ini adalah tanda-tanda strok haba.

"Kalau radiator pecah kita call mekanik kan? Ini kalau ada gejala strok haba, kena terus telefon 999," pesannya.

Sementara nak tunggu ambulan datang, ada dua perkara anda perlu lakukan;

1. Jika mangsa tiada nadi, mohon lakukan Resusitasi kardiopulmonari (CPR) secepat mungkin.

2. Jika mangsa masih ada nadi dan mangsa bernafas, bertindak menyejukkan suhu dan menyejukkan badannya seperti;

  • Bawa ke tempah teduh, longgarkan pakaian dan pastikan mangsa dapat udara yang cukup. Buka air-cond atau halakan kipas ke muka mangsa.
  • Sejukkan badan mangsa pakai air, ambilkan air dan simpah kepada mangsa. Jika ada air batu, letakkan di bahagian leher, bawah ketiak dan celah kangkang bagi membantu suhu turun dengan cepat.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.