Paru-paru kecut, air dalam badan kering, kanak-kanak setahun maut strok haba

CUACA panas yang melanda akibat Peralihan Monsun nampaknya mula meragut nyawa. Semalam negara digemparkan dengan kematian seorang kanak-kanak berusia 11 tahun susulan strok haba dan dehidrasi pada 25 April lalu.

Pada hari tersebut, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan turut dilaporkan meninggal dunia atas punca yang sama.

Baca juga: Post-mortem dapati organ dalaman hangus, kanak-kanak pergi selamanya asbab strok haba, dehidrasi

Kredit foto: Astro Awani

Suhu yang panas membahang kini menggerunkan dan mengancam nyawa. Berikut kronologinya:

1-Kanak-kanak bernama Nur Imani dari Kampung Kota, meninggal dunia pada hari raya keempat iaitu 25 April lalu dipercayai kerana strok haba.

2-Bapanya, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir memberitahu anak tunggalnya itu mulai batuk sejak seminggu yang lalu dan mengalami simptom muntah-muntah beberapa hari selepas itu.

3-Anaknya mula kritikal pada Isnin malam.

4-Beliau dan isteri membawa Nur Imani ke sebuah klinik swasta sebelum diminta menghantar ke hospital.

5-Ketika tiba di Unit Kecemasan hospital, keadaan Nur Imani lemah dan kesejukan.

6-Beliau mendakwa doktor yang bertugas hanya memberikan ubat dan meminta Nur Imani dibawa pulang.

7-Ujar bapa berkenaan, beliau memang berniat supaya anaknya dimasukkan ke wad kerana sudah lembi.

8-Bagaimanapun keadaan Nur Imani semakin teruk sebelum menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 7.20 pagi Selasa.

9-Ahmad Faris Fazli mendedahkan punca kematian puterinya itu adalah akibat strok haba.

10-Hasil post-morterm mendapati air dalam tubuh kanak-kanak itu kering manakala paru-paru mengecut.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat, al-Fatihah.

Baca juga: Cuaca panas terik membahang, suhu dijangka lebih 54 darjah Celcius di Thailand, 3 lokasi di Malaysia kena tempias

Iklan

Baca juga: Hadkan aktiviti luar, 8 info cuaca panas dijangka berpanjangan hingga Ogos

Kredit foto: Freepik

10 INFO STROK HABA (HEAT STROKE)

a. Berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat (41 darjah Celcius atau lebih) akibat terdedah kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal.

b. Strok haba terjadi akibat tubuh mengalami kekurangan air dan garam galian dalam badan dalam jumlah yang banyak.

c. Tanda dan gejala

  • Peningkatan suhu badan secara mendadak (41°C)
  • Denyutan jantung menjadi cepat
  • Pernafasan cepat dan pendek
  • Tekanan darah menurun
  • Badan kering dan panas
  • Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
  • Rasa kepala berpusing
  • Pening
  • Rasa mual
  • Sawan atau pengsan

d. Rawatan di tempat kejadian :

Iklan
  • Alihkan mangsa dari sinaran matahari yang melampau ke tempat berbumbung atau mempunyai hawa dingin.
  • Sejukkan mangsa dengan kain yang lembap atau siram air sejuk.
  • Berikan udara segar, halakan kipas secara terus atau kipas mangsa menggunakan kertas surat khabar.
  • Sekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.
  • Dapatkan bantuan perubatan melalui talian 999.

e. Pencegahan

  • Jangan lakukan aktiviti fizikal apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan di bawah sinaran matahari berpanjangan.
  • Banyakkan minum air kosong 3 hingga 4 liter sehari.
  • Amalkan pemakanan sihat dan seimbang.

Baca juga: Cuaca panas buatkan si kecil cepat dehidrasi. Mak ayah wajib kenal tanda-tanda anak tak cukup air

Sumber: Astro Awani, MyHealth

Layari portalSinarPlusuntuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami diTwitter,Instagram,YouTube&Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kamiDI SINIuntuk info dan kisah penuh inspirasi