Jangan 'derhaka' dengan resipi. 'Sure' biskut Bahtera Diraja nampak elok dan sedap dimakan

Iklan
Copy of Copy of AMS

Jangan 'derhaka' dengan resipi. 'Sure' biskut Bahtera Diraja nampak elok dan sedap dimakan

SEGAH namanya, biskut Bahtera Diraja bukan sahaja elok dipandang, malah sedap dimakan terutama pada Hari Raya Aidilfitri.

Iklan
Iklan

Berbentuk sebuah kapal dengan dihiasi pelbagai manisan di atasnya menjadikan pastri itu tampak menarik.

Iklan

Pun demikian, kata pembikin kuih berkenaan, Siti Wanuriza Yacob, 35, biskut Bahtera Diraja atau dikenali sebagai biskut sampan itu agak sukar untuk dilakukan.

Beliau sendiri terpaksa menempuh perjalanan yang panjang untuk mempelajari bagaimana menghasilkan bentuk perahu yang sempurna.

Iklan

"Semenjak berkecimpung dalam bidang ini, boleh saya katakan biskut sampan ialah kuih yang paling renyah untuk dibuat, tetapi disebabkan minat yang mendalam dalam dunia masakan, saya jadikan ia sebagai satu cabaran,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Kepada SinarPlus, Siti Wanuriza bercerita, beliau pada asalnya mengidam untuk makan biskut Bahtera Diraja sewaktu mengandungkan anak yang kedua.

"Disebabkan teringin sangat, saya beli dengan kawan, tetapi saya tidak bernasib baik kerana pesanan yang dibuat tidak diterima. Jadi, tanpa berlengah, saya cuba hasilkan sendiri dengan merujuk resipi yang dikongsi di laman Facebook.

"Setelah mencuba, saya kongsikan pula gambar kuih berkenaan di media sosial. Tanpa disangka-sangka, saya pula menerima tempahan daripada rakan-rakan,” kongsinya.

Ujar ibu kepada dua orang anak itu, beliau agak teliti terhadap rasa dan hasil akhir kulinari tersebut.

Sehubungan itu, beliau telah mencuba lebih lima resipi. Pun begitu, hanya satu resipi daripada seorang tukang masak terkenal di alam maya, Zaidah Ibrahim sahaja yang berkenan pada hatinya.

"Saya jadikan resipi Kak Zaidah sebagai panduan, tetapi saya lakukan sedikit kelainan dengan menambah sukatan mengikut cita rasa yang saya inginkan,” katanya.

"Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, jangan pernah berkira dalam pembelian barangan. Pastikan bahan-bahan yang digunakan adalah premium supaya biskut yang dihasilkan tidak menghampakan.

"Satu lagi, kalau resipi mahukan 250 gram (g) mentega, 57g susu tepung penuh berkrim jenama Fernleaf dan 450g biskut campur, ikut sahaja amaun itu, jangan terlebih atau terkurang," ujarnya.

Baca lagi: 35,000 share, resipi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chip paling mudah, gerenti licin balang

Baca lagi: Kek Kayangan Lotus Biscoff Cheesecake tak perlu bakar dan loyang!

Pada akhir perkongsian, Siti Wanuriza berkata, beliau tidak menyangka perkongsian foto biskut Bahtera Diraja pada tahun 2018 itu menjadi punca rezeki buat dirinya dan keluarga.

"Sebelum ini saya memang berniaga untuk membantu suami tambah pendapatan, tetapi kebanyakan perniagaan yang saya lakukan tidak membuahkan hasil.

"Namun tanpa disangka-sangka, perniagaan menjual biskut ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Pada Hari Raya misalnya, saya pernah menerima tempahan 600 balang kuih sampan,” tuturnya.

RESIPI BISKUT BAHTERA DIRAJA

Bahan untuk menghasilkan bentuk sampan

250 gram (g) mentega

57g susu tepung penuh berkrim jenama Fernleaf

454g biskut campurBahan untuk inti

85g cornflakes jenama Nestle

85g biji badam

85g buah campur

85g ceri hijau dan merah yang telah dipotong dadu

31g kelapa kering

5 sudu besar susu pekat jenama F&N

Cara penyediaan:

1) Campurkan mentega, susu tepung penuh berkrim dan biskut campur sehingga ia menjadi doh.

2) Seterusnya, gaul kesemua bahan-bahan inti sehingga sekata, kemudian ketepikan sebentar.

3) Masukkan doh ke dalam acuan sampan dan tekan di bahagian tengah supaya berlekuk menjadi bentuk sampan.

4) Ratakan permukaan atas dengan menggunakan pisau.

5) Kemudian, letakkan inti di atas acuan mengikut cita rasa masing-masing.

6) Panaskan ketuhar dengan suhu 170 darjah celsius dengan tetapan suhu atas bawah.

7) Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.