BISKUT berasaskan emping jagung atau cornflakes memang enak. Rangup dan berlemak, biskut  ini memang mempunyai ramai tanpa mengira usia. Apa jua olahan biskut menggunakan cornflakes mendapat sambutan, gerenti licin balang.

Harga biskut raya yang dijual pun boleh tahan, jadi apa kata tahun ni kita buat sendiri. Pilih resipi yang mudah, macam Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chip ni. Bahan-bahan simple, caranya pun senang. Memang boleh berjimat.

“Jom buat Biskut Cornflakes Crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.

“Tahun lepas saya dah pernah share resipi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak,” titip Syuhada Che Din.

Baca juga: Sedapnya kuah kacang, resipi turun temurun yang simple tapi padu

Baca juga: Rahsia kesedapan biskut Teratai Layu di Tasik Madu, lebihkan badam untuk rasa lebih terangkat

Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Bahan-bahan 

250g mentega Buttercup (boleh guna marjerin atau pure butter)
1 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya (Saya letak dalam 3 cawan. Ramas dahulu)
Chocolate chips
Chocolate rice (opsyenal)
Almond nibs atau slice (opsyenal) *bakar sebentar

Cara penyediaan

1-Kacau sebati mentega gula aising dan esen vanila menggunakan senduk. Jangan pukul sampai kembang.

2-Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tak perlu ayak bagai.

3-Kacau sebati. Adunan memang lembik, anda jangan panik.

4-Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.

5-Sudukan adunan ke atas loyang yang disapu mentega/ marjerin. Nak cubit-cubit guna jari pun boleh. Nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah.

Iklan

6-Jarakkan sedikit antara biskut, kerana ia akan mengembang.

7-Panaskan oven pada suhu 160 Celcius dalam 10 minit api atas bawah.

8-Kemudian baru boleh bakar biskut kita. Masa 20 minit atau mengikut ketuhar masing-masing.

9-Jangan panik kerana mula-mula keluar dari oven biskut agak lembut. Ia akan mengeras apabila sejuk.

Iklan

10-Sejukkan dulu di atas rak kemudian barulah disimpan ke dalam balang.

Selamat mencuba!

Baca juga: Mudahnya buat biskut sarang semut, hanya 8 langkah

Sumber: Syuhada Che Din, Syamiera Mustafa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.