Berkelah di tepi padang golf. Pendekatan baharu sajian Miang Pla Ikan Siakap di Kelantan tarik perhatian ramai

Iklan
miang pla

SUKA makan dan mengubah suai menu autentik Thailand mengikut selera orang Melayu mendorong Alias Ibrahim, 38, mengolah resipi Miang Pla Ikan Siakap.

Menurut Pengurus Par 3 Golfer's Terrace Cafe, Kota Bharu, Kelantan, ramuan istimewa keluarga yang berasal dari Pattani itu kemudiannya diperkenalkan kepada ahli dan pengunjung Kelantan Golf & Country Club (KGCC).

Iklan
Iklan

"Untuk buat Miang Pla, kami guna ikan segar dari jeti nelayan dan dibakar sehingga garing. Konsep bakar dengan ramuan garam kasar ini memang membuatkan rasa ikan lebih menyelerakan.

"Sambal hijau yang rasa pedas dan masam memang sesuai dimakan dengan isi ikan dan bihun Thai,” katanya.

Iklan

Untuk pakej lebih menjimatkan, Alias turut mengesyorkan pilihan set talam, Thai Khwam Suh yang boleh dimakan beramai-ramai.

Iklan

"Set ini lengkap dengan Miang Pla Ikan Siakap, Sate Mala berserta pulut, kerabu sotong atau udang dan salad segar pada harga RM147 untuk lapan orang makan.

"Jika mahu jamah makanan laut, set Shell Out Par 3 wajib dicuba. Selain limpahan udang, sotong dan ketam, kita akan sediakan sos power kami yang menyengat,” ujarnya.

Bercakap mengenai keenakan Sate Mala, kata peniaga kreatif tersebut, menu laku keras itu akan diperap selama lapan jam dengan ramuan rempah terpilih termasuk cili Mala yang diimport khas dari Siam.

Baca juga Resipi Miang Pla Pao padu! Mudah sangat cara buat rupanya

"Kami menawarkan dua pilihan sama ada daging lembu atau ayam dengan saiz lebih besar dan digandingkan dengan set pulut istimewa kami,” ceritanya.

Tambah Alias, keunikan kafe yang dibuka sejak Januari tahun lalu itu bukan sahaja terletak pada menunya, tetapi konsep berkelah di padang golf yang diketengahkan.

"Piknik cara ini sebenarnya diperkenalkan pada Ramadan tahun lalu dan alhamdulillah, sambutan cukup menggalakkan apabila kapasiti maksimum 400 orang penuh setiap minggu.

Baca juga ‘Sebiji’ macam rasa masakan di Hatyai, Restoran Kak Roh Kitchen di Pulau Pinang jadi buruan ramai

"Saya cadangkan supaya datang selepas Asar kerana pemandangan pada masa itu memang cantik. Soal keselamatan jangan risau kerana kami sudah mengehadkan kawasan tertentu sahaja tanpa mengganggu pemain golf yang lain,” katanya.

Sebagai tambah nilai, Par 3 Golfer's Terrace Cafe turut menawarkan pakej sambutan ulang tahun perkahwinan, kelahiran, majlis korporat dan keramaian tertutup kepada mereka yang berminat untuk merasai kelainan suasana makan-makan di padang golf.

"Kalau boleh, anda dinasihatkan buat tempahan terlebih dahulu kerana bimbang tempat penuh terutamanya pada hujung minggu.

"Apa pun, saya jamin kelazatan masakan resipi keluarga ini akan buat anda tersenyum puas,” ujarnya yang turut menawarkan set snacking bucket yang padat dengan nuget, kentang goreng, popia, keropok lekor atau chicken popcorn sebagai pilihan santai.

INFO

Par 3 Golfer's Terrace Cafe

Alamat: Kawasan Perindustrian Mara, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: 7 pagi hingga 9 malam

Menu signatur: Miang Pla Ikan Siakap, Sate Mala, shell out dan set Thai Khwam Suh

Harga: Bermula RM8 hingga RM147

Facebook: Par 3 Golfer's Terrace Cafe

Instagram: @par3cafe.kb

 

#JOMSINGGAH

SELALUNYA kita akan berkelah di tepi pantai, air terjun atau di taman rekreasi. Namun, jika diberi peluang melakukan hal yang sama di padang golf, pasti ia satu kelainan, bukan?

Pun demikian, pendekatan sebegitu masih belum banyak dilaksanakan, tetapi masakan Siam seperti Miang Pla Ikan Siakap boleh didapati secara di banyak restoran di Semenanjung Malaysia.

Berikut disenaraikan empat restoran terkenal yang sering menjadi pilihan orang ramai untuk menikmati sajian dari negara Gajah Putih itu:

Mainroad Jalan Ampang

Alamat: Lot 108, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 12 malam

Menu signatur: Miang Pla, shellout dan masakan Barat

Facebook: Mainroad Jalan Ampang

Instagram: @mainroadjalanampang

Kak Anie Shellrock

Alamat: Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor,

Waktu operasi: 9 pagi hingga 11 malam

Menu signatur: Miang Pla Thai

Facebook: Kak Anie Shellrock -Tasik Shah Alam

Instagram: @KakAnieShellrockTasikShahAlam

The Waroong

Alamat: Taman Samudra, Jalan Air Putih, Kemaman, Terengganu

Waktu operasi: 5 petang hingga 10 malam

Menu signatur: Miang Pla Thai dan keropok lekor

Facebook: The Waroong

Instagram: @the.waroong

Warong Byadelrosmi

Alamat: 77, Jalan Kuning, Taman Pelangi, Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: 3.30 petang hingga 11 malam

Menu signatur: Miang Pla Pao dan tiram segar

Facebook: Warong Byadelrosmi

Instagram: @byadelrosmi

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.