UMUM mengetahui negara kita ketika ini sedang mengalami suhu panas yang membahang.
Ada yang sembang bahawa rumah mereka terpaksa pasang aircond siang dan malam.
Bukan itu sahaja, sesetengahnya mengadu mengalami sakit kepala dan migrain selepas terdedah terlalu lama di luar.
[caption id="attachment_115391" width="600"] SUMBER Mary Taylor daripada PEXELS.[/caption]
Benarkah cuaca panas mempengaruhi seseorang mengalami sakit kepala atau migrain?
Sebenarnya ramai yang masih keliru perbezaan dua keadaan itu.
Merujuk laman Hello Doktor, sakit kepala adalah satu simptom biasa yang sering dialami kebanyakan individu terutamanya ketika berdepan dengan tekanan.
Bagaimanapun, bukan semua sakit kepala adalah kesakitan biasa.
[caption id="attachment_115392" width="614"] SUMBER SHVETS production daripada PEXELS.[/caption]
Sesetengah rasa sakit pada bahagian kepala itu berpunca daripada migrain.
"Migrain atau dikenali sebagai Vascular Headache bukanlah satu penyakit yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
"Namun, kesakitan yang dirasai disebabkan migrain adalah sangat menyakitkan dan mampu membuatkan aktiviti seharian individu terjejas,” jelas Hello Doktor.
Sementara itu, carian di laman Healthline mendedahkan satu kajian yang mendapati, 20 peratus wanita dan hampir 10 peratus lelaki yang tinggal di Amerika Syarikat mengalami sakit kepala.
Sementara itu, migrain pula telah menjejaskan kira-kira 18 peratus wanita dan 6 peratus lelaki di negara tersebut.
"Situasi tersebut lebih kerap berlaku pada musim panas apabila suhu bertambah.
[caption id="attachment_115393" width="616"] SUMBER Pavel Danilyuk daripada PEXELS.[/caption]
"Kekerapan sakit kepala meningkat apabila cuaca menjadi lebih panas disebabkan faktor dehidrasi, pencemaran alam sekitar dan juga strok haba,” katanya.
Walaupun hasil penyelidikan berbeza-beza, haba itu sendiri mungkin menjadi pencetus untuk sakit kepala.
TINDAK BALAS BADAN TERHADAP HABA
Menurut Healthline, jika sakit kepala atau migrain yang dialami berkaitan dengan pendedahan haba panas, seseorang mungkin mengalami simptom seperti berikut:
1.Rasa berdenyut pada bahagian kepala.
2.Keletihan.
3.Sensitif kepada cahaya.
4.Dehidrasi.
Bagaimanapun, mereka yang mengalami kelesuan akibat cuaca terik akan mengalami gejala yang lebih teruk iaitu:
1.Pening.
2.Kekejangan atau kekejangan otot.
3.Loya.
4.Pengsan.
5.Dahaga melampau.
Oleh yang demikian, mereka yang mengalami sakit kepala perlu berehat daripada melakukan aktiviti bagi mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk, demikian menurut Verywell Health.
Beberapa langkah dikongsikan laman web tersebut untuk mengurangkan simptom sakit kepala. Antaranya:
1.Mencari tempat untuk menyejukkan badan dan berehat.
2.Minum air untuk penghidratan.
3.Ambil ubat seperti ibuprofen atau acetaminophen.
Verywell Health turut mengesyorkan supaya mendapatkan rawatan segera sekiranya gejala yang dialami tidak berkurang atau menjadi lebih teruk.
"Segera dapatkan bantuan di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami muntah dan perubahan fungsi saraf atau berasa keliru,” tambahnya.
Baca juga: Cuaca panas membahang, ini 10 jenis makanan yang boleh ‘coolkan’ badan
Baca juga: Bedung bayi memang boleh bantu anak tidur lena, tapi ini cara betul ketika cuaca panas
Secara kesimpulannya, cuaca panas memang boleh mencetuskan penyakit yang berbahaya.
Jadi, berwaspadalah. Jangan terdedah terlalu lama di luar dan pastikan minum air secukupnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!