SEJAK kebelakangan ini, cuaca di hampir seluruh Malaysia panas membara.

Pukul 10 pagi, bahangnya sudah terasa. Orang kata, panas ‘lit lit’.

Berdasarkan laporan kaji cuaca, di sesetengah tempat, ada yang mencecah hingga 40 darjah celcius.

Pada sebelah petang, tiba-tiba hujan pula, tapi tak semua tempatlah. Selalunya, bila malam akan sejuk, tapi pada kali ini lain macam auranya.

SUMBER Mary Taylor daripada PEXELS.

Rakan admin mengadu, bil elektrik di rumahnya melambung tinggi gara-gara kerap pasang aircond siang dan malam.

Sebenarnya, seperti semua sedia maklum, kalau cuaca terlalu panas akan membuatkan kita mudah dehidrasi dan berasa kurang bertenaga.

Bila jadi macam itu, ia secara tidak langsung akan mempengaruhi gaya hidup, rutin senaman dan diet kita.

Kadang-kadang minum bergelas-gelas air pun, dahaga kita tak hilang-hilang juga.

Dari sudut perubatan, selain air putih, terdapat beberapa makanan yang boleh memberi melegakan pada tekak ketika cuaca membahang.

SUMBER Arnie Watkins daripada PEXELS.

Menurut laman web NDTV, mereka mencadangkan 10 makanan yang sesuai diambil ketika cuaca panas.

Makanan-makanan tersebut bukan sahaja menyejukkan, malah mempunyai nilai khasiat yang luar biasa dan sangat bagus untuk tubuh badan manusia. Antaranya:

1) Pisang
-Buah ini membantu mengecutkan tisu dan meningkatkan keupayaan untuk menyerap air. Ia membantu seseorang kekal terhidrat, selain merupakan snek mengenyangkan dan alternatif yang lebih sihat.

2) Avocado
-Tidak sama seperti daging merah dan lemak tepu lain, avocado merupakan sumber lemak sihat yang boleh mengekalkan suhu badan.

SUMBER Anna Tukhfatullina Food Photographer/Stylist daripada PEXELS.

3) Buah sitrus
-Buah-buahan sitrus kaya dengan air dan sesuai dijadikan makanan tambahan untuk diet musim panas. -Ia juga kaya dengan vitamin C yang membantu melindungi tubuh dari pancaran cahaya matahari.

4) Timun
-Timun ialah buah yang mengandungi air dan membantu badan kekal terhidrat.
-Buah ini kaya dengan serat dan membantu penghadaman yang mungkin terjejas semasa musim panas.

Baca juga: Hadkan aktiviti luar, 8 info cuaca panas dijangka berpanjangan hingga Ogos

Baca juga: Cuaca panas terik membahang, suhu dijangka lebih 54 darjah Celcius di Thailand, 3 lokasi di Malaysia kena tempias

5) Kelapa
-Kulit, minyak, dan air kelapa boleh menghidratkan dan bersifat antiradang, selain membantu mengawal tekanan darah.

SUMBER Polina Tankilevitch daripada PEXELS.

6) Soya
-Kacang soya dan produk berasaskan kekacang seperti tauhu dan edamame ialah makanan yang kaya dengan protein dan baik untuk badan.

7) Buah beri
-Beri kaya dengan air dan pelbagai nutrien lain yang membantu menyihatkan badan.
-Beri juga kaya dengan antioksidan yang boleh melindungi badan daripada radikal luar seperti matahari dan toksin lain.

Iklan
SUMBER Bruno Scramgnon daripada PEXELS.

8) Tembikai
-Sama seperti timun, tembikai mengandungi lebih kurang 90 peratus air.
-Selain mampu mengekalkan paras air dalam badan, ia juga kaya dengan serat yang membantu sistem pencernaan.

9) Yogurt
-Yogurt merupakan salah satu makanan yang menyegarkan dan boleh dimakan dengan pelbagai cara.

10) Biji rami
-Biji rami membekalkan pelbagai sumber nutrien seperti protein, mineral, vitamin dan serat.
-Bijian itu juga mampu mengekalkan suhu badan dan membantu menstabilkan tekanan darah.

SUMBER Breakingpic daripada PEXELS.

Secara kesimpulannya, makan makanan yang tinggi kandungan air boleh membantu mengekalkan suhu badan kita.

Di samping itu, anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan makanan yang tinggi gula dan garam kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi.

Bukan itu sahaja, minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang dilakukan.

Iklan

Jangan tunggu sehingga kita dahaga, baru nak minum air.

Satu lagi, kepada ibu bapa, pantau juga anak-anak. Jika mereka masih kecil, beri peringatan kepada mereka untuk selalu minum air.

Ingat, cuaca panas boleh mencetuskan penyakit yang tidak terduga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.