Doktor sedut cecair keluar darah, Zaquan Adha diuji cedera ligamen lutut, Ayu Raudhah setia di sisi

Iklan
zaquan adha cedera ACL (1)

Doktor sedut cecair keluar darah, Zaquan Adha diuji cedera ligamen lutut, Ayu Raudhah setia di sisi

KAPTEN pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC (NSFC), Zaquan Adha Abd Radzak yang juga suami kepada pelakon Ayu Raudhah mengalami kecederaan serius pada bahagian lutut semasa pasukan itu menentang Selangor pada minggu lalu.

Iklan
Iklan

Beliau yang diturunkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua telah bertembung dengan pemain pertahanan lawan, Fazly Mazlan.

Susulan pertembungan, pemain berusia 35 tahun itu terjatuh dan mengalami kesakitan melampau.

Iklan

Menurut adik kepada pemain Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, saat ini beliau harus menunggu sehingga bengkak pada lutut reda sebelum boleh menjalani ujian pengimejan resonans magnetik (MRI).

Baca juga: Ayu Raudhah selamat bersalin anak keenam, Zaquan Adha ucap terima kasih

Iklan

"Hari ini (Selasa) saya baru ke hospital untuk doktor sedut cecair di dalam lutut, ternyata darah yang keluar. Maknanya memang ada pendarahan di dalam lutut saya.

"Selepas ini saya akan tunggu bengkak surut untuk ujian MRI,” kongsinya.

Dalam hantaran di laman sosial, Zaquan yang sedang menjalani rawatan mengakui sedikit emosi.

Baca juga: Sakit lutut tidak kenal usia. Tiada lagi istilah penyakit orang tua!

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Maaf kalau saya tak angkat call dan reply WhatsApp untuk untuk beberapa hari ini.

"Emosi saya agak terganggu selepas apa yang terjadi," katanya.

Menurut Zaquan lagi, apa jua keputusan ujian, beliau akan menerima dengan reda.

"Mungkin ada hati yang saya sakiti tanpa sedar. Doakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga," ujarnya.

Melalui detik mencabar, bapa kepada enam cahaya mata itu tidak lupa menitipkan penghargaan buat ibu, isteri tercinta dan mereka yang terus memberikan sokongan dan semangat.

"Kun fa ya kun, sesungguhnya ini adalah ketentuan-MU. Beri aku kekuatan untuk semua ini.

"Terima kasih mak, terima kasih sayang @ayuraudhah_7 terima kasih family. Terima kasih kawan-kawan yang bagi semangat,” titipnya.

Baca juga: Mokhtar Dahari dikenang, 89 jaringan gol diiktiraf FIFA

Kecederaan yang dialami Zaquan melibatkan ligamen penting iaitu anterior cruciate ligament (ACL).

Ia adalah salah satu dari empat ligamen yang terlibat untuk kestabilan sendi lutut.

ACL merupakan ligamen yang sering tercedera bagi pemain bola sepak, ragbi, bola jaring, bola keranjang, tenis, bola tampar, hoki dan lain-lain yang seumpamanya.

Difahamkan, Zaquan telah menjalani prosedur pembedahan untuk ACL sebanyak empat kali sepanjang karier.

Ahli keluarga dan rakan-rakan terus memberikan kata-kata semangat buat bekas pemain JDT itu agar terus kuat dan cepat sembuh.

Baca juga: Menu simple, nasi tetap makan. Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

Sumber: Instagram zaqone_08, MSU Medical Centre

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.