Beli mahal-mahal tapi tak boleh makan, ini tip ringkas pilih durian isi penuh & elok
BELI buah durian mahal-mahal, tengok-tengok isinya tak elok nak makan pun tidak boleh, sedih kan?
Apa kata anda semua ikut cara Izwan Ahmad ini untuk memilih buah durian yang elok dan isinya penuh.
TIP MEMILIH BUAH DURIAN
1. Bahagian tangkainya bergetah
Pastikan bahagian tangkai masih lagi bergetah. Kalau yang baru luruh, pada bulatan tangkai itu akan ada rasa berlendir yang menandakan buah betul-betul dalam keadaan segar.
2. Durian yang kurang kualiti
Jangan tertipu bila penjual cakap baru luruh. Tangkai akan semakin mengecut dan mengecil. Di mana, ia menandakan buah semakin kurang kualiti.
3. Tidak pecah bahagian bawah (buntut) durian
Pilih buah yang tidak pecah buntutnya. Buah yang baru, tidak akan pecah. Hal ini kerana, buah durian akan mula merekah pada hari ketiga.
Ketika ini rekahan bentuk garisan di setiap alur pangsa, semakin merosot kualiti semakin besar rekahan. Kualiti tempoyak sahaja.
4. Duri pendek dan sekata rasanya lemak manis
Jika suka rasa yang lemak manis-manis, pilihlah durinya pendek dan sekata.
Cuba juga Resipi Serawa Durian pekat berkrim, buat sendiri baru puas makan
[caption id="attachment_115820" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]
5. Duri melengkung rasanya manis dan sedikit pahit
Kalau anda suka durian yang jenis manis melenting tetapi ada rasa pahit sedikit, pilihlah duri yang melengkung sedikit. Biasanya berduri panjang seinci.
6. Cium pangsa mengesan durian elok
Nak kenal pasti buah elok dan tak rosak, cium setiap pangsa. Buah yang masak ada bau daripada setiap pangsa. Ini paling mudah.
7. Cara profesional pilih durian;
A – Goncang buah kerana buah masak elok terasa ada gegar.
B – Teknik menggaru buah kerana buah yang masak elok ada bunyi lompong, manakala buah yang muda bunyi padat.
C – Durian bukit berbeza dengan durian kampung daripada saiz (2.5-3.0 kg sebiji dan lebih), tekstur isi, ketebalan isi dan bentuk duri. Duri lebih pendek berbanding durian kampung yang ditanam di tanah rata.
Baca juga Petua minum air pangsa lepas makan durian sangat berguna, saintis jelaskan
D – Menentukan jenis warna isi durian, di bahagian tangkai tu perlu kikis. Ada beza warna pada kulit durian. Ada yang hijau dan ada yang coklat. Warna coklat pun banyak jenis sebab berbeza warna isi.
- Kulit kuning = isi kuning.
- Dikikis kulit tebal = isi tebal.
- Durian bukit = isi tembaga (coklat perang seperti tembaga).
Semoga bermanfaat! Sekadar berkongsi ilmu sahaja kerana kesian beli mahal-mahal tapi buruk.
Sudah tiba musim raja buah sekarang ni. Ini masanya 'hantu' durian pulun habis-habisan.
Baca juga Wanita kongsi cara simpan tahan setahun, hantu durian wajib buat
Sumber: Ida Royani, Izwan Ahmad
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.