WANITA kongsi tip cara simpan raja buah secara sejuk beku, setahun pun masih tahan.

Setiap kali tiba musim durian ramai daripada kita bagaikan ‘hilang arah’ apabila mencium baunya apatah lagi sekiranya selonggok durian ada di depan mata!

Meskipun harga sesetengah jenis durian agak tinggi, namun penggemarnya tidak lokek berbelanja dan ‘pejam mata’ asalkan dapat menikmati kelazatannya.

Namun, ramai di kalangan kita belum tahu yang buah durian itu boleh disimpan secara sejuk beku untuk dinikmati sepanjang masa.

Asalkan betul caranya, buah durian kekal enak dan lembut!

TIP SIMPAN DURIAN SAMPAI SETAHUN ELOK LAGI

1. Sediakan plastik wrap dan bekas plastik

2. Buka durian dan ambil sepangsa, lalu bungkus atau balut isi durian dengan kemas. Ikut suka banyak mana yang dikehendaki.

3. Kemudian, letak dalam bekas plastik, tutup dan simpan dalam freezer.

Dengan cara ini, makan durian lebih mudah kerana anda boleh ambil durian dan makan tanpa perlu keluarkan semua dari freezer.

Paling penting sekali adalah, durian yang dibalut begini tidak akan berbau. Paling penting adalah durian ini akan tahan lebih lama!

Buat hantu durian semua, wajib cuba cara ini okay!

Baca juga Petua minum air pangsa lepas makan durian sangat berguna, saintis jelaskan

Sementara itu, ini kelebihan terhadap kesuburan;

1. Mengandungi estrogen

Hormon ini secara semula jadi dijumpai dalam tubuh manusia tetapi sesetengah wanita mungkin mempunyai kandungan hormon estrogen yang lebih rendah, menyebabkan kemandulan.

Durian dengan tahap estrogen yang tinggi boleh membantu wanita untuk hamil secara semula jadi. Malah, pasangan yang tidak subur, boleh makan buah ini yang mana akan meningkatkan peluang mereka kehamilan selepas rawatan IVF.

2. Membantu Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)

PCOS adalah satu punca utama ketidaksuburan dalam kalangan wanita. Ia berlaku kepada wanita yang mempunyai lebih banyak hormon adrogen daripada yang diperlukan.

Biasanya wanita dengan keadaan ini mempunyai hirsutisme, iaitu pertumbuhan rambut yang berlebihan di wajah dan badan, cenderung mempunyai wajah berminyak sehingga lebih mudah berjerawat dan berat badan berlebihan.

Apabila tidak ditangani, keadaan ini mendorong kepada rintangan insulin yang boleh menyebabkan kencing manis dan ketidaksuburan. Keadaan ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan sukar untuk hamil.

3. Mempunyai afrodisiak

Iklan

Durian adalah afrodisiak (aphrodisiac) yang kuat. Jika ia diambil secara teratur, ia meningkatkan pemacu seksual dan kesihatan anda. Bagi lelaki, buah durian dapat meningkatkan motiliti sperma iaitu kemampuan sperma bergerak.

Semakin cepat sperma bergerak, semakin besar peluang untuk sampai ke sel telur dan ini meningkatkan peluang untuk hamil.

Baca juga Elak penyakit jantung, strok, kanser, ini 10 sayuran wajib ambil dalam seminggu

durian

4. Mengawal berat badan

Menjadi berat badan berlebihan atau obesiti menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang seterusnya memberi kesan kepada kesuburan dan juga meningkatkan risiko keguguran.

Buah durian dengan serat yang tinggi, komposisi galian yang lengkap, kandungan air yang baik dan kolesterol sifar menjadikan makanan yang sempurna untuk penurunan berat badan yang membantu memastikan anda kenyang tanpa menambah kalori.

Iklan

Sudah tentu, ia mengandungi lemak tetapi ia adalah lemak sihat yang tidak mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan.

5. Mencegah anemia

Wanita yang tidak mendapat zat besi yang secukupnya sering mengalami anovulasi (kekurangan ovulasi) dan kesihatan telur tidak baik yang menghalang kehamilan.

Durian mengandungi asid folik dan iron yang tinggi merangsang pengeluaran sel darah merah dan membantu merawat gejala anemia dan meningkatkan kesuburan.

Sumber: Nor Tipah Zakaria, hellodoktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.