Anak 2 tahun dipatuk ular, lelaki berdepan detik cemas pangku & pecut ke hospital. ‘Maafkan walid sayang’

Iklan
1

Anak 2 tahun dipatuk ular, lelaki berdepan detik cemas pangku anak pecut ke hospital. ‘Maafkan walid sayang’

ULAR adalah antara haiwan berbisa yang paling digeruni. Bukan sahaja kerana bisa yang mengancam nyawa, namun kerana fizikalnya yang menakutkan.

Iklan
Iklan

Jika orang dewasa pun boleh pergi bila-bila masa selepas dipatuk, inikan pula kanak-kanak dan bayi.

Bagaikan nyawa di hujung tanduk, demikian situasi dihadapi bapa, Noor Hashimi Desa, 30, selepas anak keempatnya, Muhammad Aqil Hazwan,2, dipatuk ular berbisa dari keluarga Viperidae atau lebih dikenali sebagai ular kapak baru-baru ini.

Iklan

Baca juga: Awas! Cuaca panas musim ular masuk rumah & kereta, ini yang perlu anda ambil tahu

Iklan

Video berdurasi 27 saat yang dikongsi bapa muda ini menjadi tular dan ditonton lebih dua juta kali.

"Tragedi yang tidak akan saya lupakan, ia berlaku semasa Aqil bermain di bahagian hadapan rumah.

"Ketika itu Aqil bermain di bahagian rak kasut manakala tiga abangnya berada tak jauh dari situ.

"Saya masa tu berada kira-kira 100 meter dari rumah. Apabila mendengar tangisan Aqil saya terus pulang ke rumah,” katanya.

Menurut Noor Hashimi, isterinya yang merupakan guru al-Quran pula tiada di rumah kerana mengajar.

Sesampainya di rumah, Noor Hashimi terkejut bukan kepalang melihat kehadiran seekor ular kapak bersaiz kecil manakala Aqil semakin kuat meraung kesakitan.

Baca juga: Hati-hati 5 haiwan kerap muncul di kawasan rumah ketika cuaca panas, cari port lembap

"Ular tersebut duduk di dalam kasut yang diletakkan di rak kasut.

"Tangan Aqil ketika itu berdarah. Apabila mendapat tahu Aqil dipatuk saya terus pecut ke hospital,” kongsinya ketika dihubungi SinarPlus.

Perjalanan yang mengambil masa 20 minit itu dirasakan terlalu panjang, bapa muda itu bimbang akan keadaan Aqil sementelah anak bongsunya itu masih kecil.

"Waktu itu panik sangat, saya bawa kereta selaju mungkin dan memangku anak di riba.

"Sepanjang perjalanan Aqil tak berhenti menangis menahan kesakitan,” kata petugas Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) itu.

Setibanya mereka di bahagian kecemasan Hospital Sabak Bernam, Aqil terus diberikan rawatan.

"Sampai ke hospital doktor sahkan ular yang mematuk Aqil ialah ular kapak. Ia spesies berbisa.

Keadaan jari hantu Aqil ketika itu membengkak dan biru. Malah si kecil itu juga terus menangis.

Menjelang malam, kesan patukan semakin membesar sehingga ke paras bahu.

Keesokannya, Nor Hashimi sudah boleh menghela nafas lega melihat perkembangan Aqil.

Keadaan luka patukan semakin baik. Tiada lagi gelembung pada luka, kini si kecil itu sudah mula aktif.

Pada masa ini, Aqil berada di Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan dan pemantaian pakar kanak-kanak di sana.

Cepat bertindak ke hospital, merakam gambar ular dan tidak panik, Noor Hashimi menitipkan nasihat buat golongan ibu bapa dan penjaga agar bertindak pantas sekiranya ahli keluarga dipatuk ular demi menyelamatkan nyawa.

Baca juga: Tidak serik dipatuk, Rozaiatun Azura miliki lebih 30 koleksi haiwan eksotik termasuk ular!

Bahayakah ular kapak?

1-Ular dari keluarga Viperidae ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga.

2-Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.

3-Ular spesies ini biasanya mempunyai taring yang panjang dan boleh digerak-gerakkan.

4-Kelenjar racun ular ini terletak pada kedua belah pipinya.

5-Biasanya, ular kapak akan menggetarkan ekornya apabila didekati ataupun diusik.

6-Bisa daripada ular jenis ini adalah dari jenis racun darah (haemotoksin) dan racun sel (sitolitik). Ia biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan sama ada di dalam atau luar tubuh.

7-Gigitan ular ini adalah menyakitkan dan akan menyebabkan pembengkakan.

8-Sebagaimana keluarga Elapidae, keparahan mangsa gigitan ular ini juga bergantung kepada jumlah racun yang disuntik ke tubuh dan jenis ular yang menggigit.

10-Pendarahan akan merebak serta-merta dan ia akan berterusan selama beberapa hari.

11-Pendarahan pada gusi, muntah darah, ludah atau batuk berdarah dan air kencing berdarah adalah kesan keracunan bisa ular dari keluarga ini.

12-Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini ialah:

-Sakit yang amat sangat pada tempat gigitan (dalam masa lima minit)

-Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit dalam masa setengah jam.

-Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan.

-Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.

-Darah tidak membeku.

13-Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa dua jam disertai dengan pendarahan.

Layari portal SinarPlusuntuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.