Hati-hati 5 haiwan kerap muncul di kawasan rumah ketika cuaca panas, cari port lembap

A
A
A

EKORAN cuaca panas sejak akhir-akhir ini banyak haiwan keluar dari habitat asal mencari tempat sejuk dan lembap untuk berlindung.

Jadi tidak hairanlah munculnya haiwan secara tiba-tiba di kawasan kejiranan dan bertindak agresif. Paling bahaya sekiranya ia bertindak menyerang manusia apabila terasa terancam.

Antaranya ilah ular, biawak, lipan, kelawar, jengking dan tebuan.

Ular

Peningkatan suhu panas akibat peralihan monsun menyebabkan beberapa haiwan termasuk ular mencari tempat perlindungan di kawasan lembap.

Jika terjumpa korang disarankan menghubungi pasukan penyelamat untuk membantu menangkap reptilia tersebut.

Walaupun ular mempunyai spesis berbisa dan tidak berbisa, jangan sesekali bertindak sendiri.

Ular spesies tedung selar berbahaya dan patukan boleh menyebabkan mangsa maut dalam tempoh singkat sekitar lima minit sekiranya tidak mendapat rawatan segera di hospital.

Biawak

Biawak lazimnya tinggal di habitat berdekatan sumber air atau tempat lembab seperti tasik, sungai atau paya. Ia mempunyai jangka hayat hingga 15 tahun dan membesar mencecah sepanjang dua meter dengan berat lebih 25 kilogram (kg).

Apa yang bahaya tentang biawak ialah gigitannya boleh membengkak. Bakteria dalam air liur biawak boleh menyebabkan infeksi dalam darah. Justeru, jika ia berlaku dapatkan rawatan perubatan segera.

Lipan

Korang mungkin pernah melihat haiwan ini berkeliaran di kawasan rumah bukan? Lipan tinggal di kawasan penempatan kediaman kerana terdapat banyak sumber makanan. Bagi lipan saiz kecil biasanya memakan sisa makanan manusia manakala lipan ukuran besar makan serangga.

Gigitan lipan sangat menyakitkan dan boleh membawa maut kepada anak kecil dan bayi. Walaupun bisa lipan jarang membawa maut kepada manusia, tetapi tidak boleh dipandang rendah.

Neurotoksin yang terkandung di dalamnya akan membuatkan tempat gigitan menjadi sakit, demam, tekanan darah meningkat dan memerlukan rawatan perubatan.

Kelawar

Kelawar biasanya boleh memasuki kediaman yang bahagian bumbung, tingkap atau pintu terbuka.

Walaupun tidak mempunyai racun seperti ular gigitan kelawar juga boleh menyebabkan maut kerana membawa bakteria dan virus membahayakan manusia. Sekiranya korang terjumpa kelawar jangan cuba menyentuhnya.

Kala jengking

Kala jengking ialah araknid berkaki lapan yang biasanya ditemui di kawasan sekitar rumah. Biarpun terdapat 1,752 spesies di seluruh dunia hanya 25 jenis saja boleh membunuh manusia.

Selain kerosakan pada saraf atau sel, bisa kala jengking menyebabkan maut jika tidak mendapatkan rawatan perubatan segera.

Tebuan

Serangga terbang yang mempunyai sengatan menyakitkan. Bisa pada sengatan boleh menyebabkan kegagalan pada organ dalaman.

Tebuan selalunya bersarang di bahagian atap rumah atau mana-mana tempat yang membolehkan sarangnya tergantung.

Ia biasanya banyak didapati di ruang loteng, di paip kering yang lama tidak digunakan, garaj atau binaan teduh sepert pangkin, tanaman atau pokok renek atau ruang berlubang.

Dapatkan khidmat profesional untuk membuang sarang tebuan kerana bertindak sendiri boleh membahayakan dan berisiko diserang.

Bau-bauan tajam atau minyak wangi boleh menarik perhatian tebuan. Jika diserang, jangan berlari secara mengejut, sebaliknya berjalan perlahan-lahan. Elak mengibas baju dan kain untuk menghalang serangan.

Untuk mencegah kehadiran haiwan-haiwan ini ke rumah, korang perlu memastikan kawasan dalam dan luar rumah dalam keadaan bersih.

Pastikan sisa makanan dibuang dengan betul ke dalam tong sampah bagi mengelakkan haiwan atau serangga bahaya memasuki rumah.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca