Petua beli tembikai merah & manis, tengok jalur dan bentuk, 4 tip anda perlu tahu

Iklan
1

Petua beli tembikai merah & manis, tengok jalur dan bentuk, 4 tip anda perlu tahu

TEMBIKAI buah yang menjadi kegemaran ramai. Adakala harganya murah dan pada masa mahal terutama semasa di luar musim.

Iklan
Iklan

Mungkin anda pernah ‘terkena’, membeli tembikai yang tidak merah dan tawar isinya. Nampak kulit dah elok, bawa balik rasanya pula kurang enak.

Sayang sungguh wang dibazirkan, apa kata ikuti tip dikongsikan Aisyah Wahab ini untuk memilih tembikai yang manis dengan hanya melihat luaran tembikai sahaja.

Iklan

Baca juga: Beli mahal-mahal tapi tak boleh makan, ini tip ringkas pilih durian isi penuh & elok

[caption id="attachment_115964" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

Iklan

1.Lihat jalur

Nak tahu tembikai itu manis, jalurnya kemas dan tidak serabut. Sedap mata memandang.

2. Tapak

Cuba tengok tapaknya, jika kecil maknanya tembikai itu manis.

3.Bentuk

Perhatikan bentuk tembikai. Selalunya tembikai berbentuk bulat manis manakala yang berbentuk lonjong agak berair sedikit.

4.Tangkai

Untuk mengetahui tembikai itu manis atau tidak lihat tangkainya. Tembikai yang manis biasanya mempunyai tangkai yang kerinting (curly).

Lepas ni, jangan silap lagi dalam memilih tembikai di gerai buah-buahan. Maklumlah harganya pun boleh tahan kan?

Baca juga: Merah & manis! Sedapnya buah tembikai rupanya banyak khasiat dimakan ketika berbuka puasa

KHASIAT TEMBIKAI

Tembikai amat sesuai jika dimakan sebagai pencuci mulut lebih-lebih lagi ketika cuaca panas seperti sekarang ini.

Ia bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral, malah kandungan air yang tinggi (92 peratus) juga membuatkan kita rasa lebih kenyang selepas memakannya.

Jika anda sukakan buah tembikai, berikut adalah beberapa fakta yang anda perlu tahu mengenai buah yang menjadi kegemaran orang ramai ini.

1-Tembikai membantu anda kekal hidrat

Semua orang tahu, cara terbaik untuk pastikan badan kekal hidrat adalah dengan minum air dengan mencukupi.

Namun, makan buah yang mengandungi banyak air juga mempunyai manfaat yang lebih kurang sama.

Salah satu khasiat buah tembikai yang ramai pandang remeh ialah kemampuannya untuk membuatkan kita kekal hidrat!

Malah, kombinasi air dan serat yang terkandung di dalam buah tembikai juga boleh membuatkan anda kekal kenyang dalam satu jangka masa yang lama walaupun ia mengandungi kalori yang sedikit.

Baca juga: Memang unik, lagi sedap. Wanita ini guna kulit tembikai untuk ganti sayur dalam masakan. 

2-Melegakan otot yang sakit

Menurut kajian yang dijalankan oleh Journal of Agricultural Food and Chemistry, meminum jus tembikai selepas senaman dapat mengurangkan kadar degupan jantung dan sakit otot yang dialami oleh atlet.

Buah tembikai mengandungi sejenis asid amino yang dikenali dengan nama L-citrulline, yang akan ditukarkan oleh badan kepada L-arginine, asid amino yang bantu mengendurkan salur darah dan memperbaiki peredaran darah.

3-Bagus untuk kesihatan jantung

Sakit jantung merupakan antara punca utama kematian di seluruh dunia.

Faktor gaya hidup seperti diet yang sihat dapat membantu menurunkan risiko sakit jantung dan strok dengan cara mengurangkan tekanan darah dan tahap kolesterol badan.

Untuk pengetahuan anda, antara khasiat buah tembikai ialah ia mengandungi sejenis antioksidan yang dikenali sebagai likopena (lycopene).

Selain itu, ia juga mengandungi sitrulina (citrulline), sejenis asid amino yang boleh meningkatkan tahap nitrik oksida dalam badan.

Nitrik oksida yang terkandung di dalam buah tembikai ini dapat membantu menurunkan tekanan darah dalam badan.

Malah, menurut kajian yang dijalankan oleh Florida State University mendapati wanita yang telah mengalami menopaus boleh meningkatkan kesihatan kardiovaskular setelah mengambil suplemen yang mengandungi sitrulina selama 6 minggu.

[caption id="attachment_100770" width="800"] Kredit foto: Pixabay[/caption]

4-Warna terang kaya khasiat

Tahukah anda, semakin ranum tembikai maka semakin tinggi kandungan vitamin dan nutrien di dalamnya?

Malah, semua kebaikan buah tembikai seperti likopenia, beta karotena, vitamin C, vitamin A, serat dan antioksidan akan jadi bertambah banyak apabila buah tersebut semakin berusia. Wah, tak sangka banyak betul khasiat buah tembikai!

Selain itu, anda juga boleh rujuk kepada warna buah tembikai tersebut. Jika ia berwarna merah terang, lebih banyaklah vitamin dan nutrien yang terkandung di dalamnya.

5. Bagus untuk rambut dan kulit

Siapa sangka, tembikai bagus untuk rambut dan kulit. Dua vitamin di dalam buah tembikai iaitu vitamin A dan C amat penting untuk kesihatan kulit dan rambut.

Vitamin A misalnya amat penting untuk kulit yang sihat kerana ia membantu membuat sel kulit baru dan memperbaiki kulit yang rosak.Tanpanya kulit akan nampak kering dan kusam.

Vitamin C pula membantu badan membuat kolagen, sejenis protein yang memastikan kulit dan rambut kekal sihat.

baca juga: Tip tanam tembikai dalam pasu, tak perlu kawasan luas, sebulan sudah mula menjalar

Sumber: Aishah Wahab, Hello Doktor

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasii