TEMBIKAI atau nama botaninya Citrullus lunatus sin merupakan spesies tumbuhan berbunga yang menjalar dalam keluarga Cucurbitaceae yang berasal dari selatan Afrika.

Kaya dengan vitamin A, vitamin B6 dan antioksidan, tembikai menjadi pilihan popular untuk dijadikan jus minuman atau dimakan begitu sahaja terutama ketika cuaca panas.

Mungkin anda ingin cuba menanam pokok tembikai tetapi kawasan rumah anda sempit. Sebenarnya anda tidak memerlukan ruang yang luas pun untuk menanam pokok tembikai. Tahukah anda bahawa pokok tembikai boleh ditanam di dalam pasu?

Melalui satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Izah Hassan menerangkan cara-cara untuk menanam pokok tembikai di dalam pasu. Anda boleh tanam pokok tembikai di belakang atau di tepi rumah sahaja.

Baca juga: Petua pokok mangga berbuah lebat dan rimbun, hanya guna minyak masak terpakai

LANGKAH DEMI LANGKAH MENANAM TEMBIKAI DI DALAM PASU

Semaian

– Rendam biji benih ke dalam air untuk melembutkan kulit biji benih supaya cepat bercambah. Semai terus dalam pasu/polibeg atau dulang semaian.
– Gunakan tanah organik yang di campurkan dengan sedikit pasir. Buat lubang dengan jari pada permukaan tanah di atas dulang semaian.
– Masukkan benih (bahagian tajam) ke bawah. Tutup benih dengan tanah dan siram dengan air secukupnya.
– Letakkan pasu/polibeg atau dulang jauh daripada cahaya matahari. Setelah seminggu, benih akan mula bercambah.

– Tutup dengan plastik hitam. Selepas empat hari buka dan benih akan mula bercambah.

Pemindahan anak pokok

-Anak pokok tembikai sesuai dialihkan ke dalam bekas tanaman kekal atau pasu apabila berusia dua minggu atau paling tidak anak pokok telah mengeluarkan enam helai daun.

– Sentiasa berhat-hati semasa mengalihkan anak pokok dari dulang semaian. Elakkan akarnya patah atau tercabut. Lakukan pemindahan anak pokok pada lewat petang supaya kawasan sekitar tidak terlalu panas.

Baca juga: Cara mudah tanam pokok daun sup, guna batang dan akar, tak perlu benih

Tanah

Sediakan medium tanaman serba guna yang kaya dengan bahan organik dan bersaliran baik. seperti top soil atau tanah organik. Untuk saliran yang baik, gaulkan dengan sedikit pasir jika ada.

Siraman

-Tembikai memerlukan air yang banyak untuk memastikan buahnya terbentuk cantik dan berkualiti.
– Siraman perlu dilakukan pada awal pagi dan lewat petang.
– Wajib siram setiap hari, dua kali sehari iaitu pagi dan petang kecuali hujan.
Pembajaan
– Mulakan pembajaan apabila pokok tembikai mula menjalar lebih kurang satu bulan ke atas. Pokok perlu dibaja setiap minggu kerana pokok tembikai cepat membesar.
– Guna baja subur atau baja tinggi nitrogen. Sukatan satu sudu kecil baja sehingga dua sudu besar mengikut saiz pokok. Letak baja tiga inci dari pangkal pokok tembikai.
– Apabila pokok mula berbunga, pembajaan perlu dihentikan bagi mengatasi masalah panas pada akar yang boleh mengakibatkan bunga atau putik buah keguguran.
– Apabila pokok tembikai mula mengeluarkan buah, kerapkan menyiram agar buah cepat membesar.

Iklan

Penyediaan pemancang

– Untuk teknik ruang sempit, sediakan pemancang atau sokongan untuk memudahkan pokok tembikai menjalar. Tali rafia juga boleh digunakan. Jimat dan murah.
– Pastikan gunakan material yang kukuh untuk membina pemancang seperti paip PVC, buluh atau kayu.
– Jika buah tembikai mula kelihatan membesar, ikat atau sokong buah tembikai dengan menggunakan tali.

Baca juga: Modal RM10, tanam sayur dalam beg tanah, tak perlu buat batas 

TIP MEMASTIKAN BUAH MATANG DAN BOLEH DI TUAI

Mengetuk atau menepuk buah tembikai
– Buah yang matang berbunyi seperti berongga. Buah belum matang bunyinya padat dan nyaring.
Urat pada jalur
– Bagi tembikai berjalur, urat pada jalur memecah dan warna jalur menjadi pudar apabila buah matang.
Kekilatan kulit buah
– Buah boleh dituai apabila kulitnya menjadi pudar atau kurang berkilat. Pada peringkat ini kandungan gula mencapai tahap maksimum.

Baca juga: Guna kaedah fertigasi dan polibeg, lelaki ini kongsi cara tanam golden melon di rumah, tetap subur dan hasilnya menjadi!

Iklan

Sumber: Izah Hassan (Berkebun Di Rumah)

Kredit foto utama: Unsplash

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan