'Supermom. Contoh wanita & ibu hebat.' Besarkan anak-anak sendirian sehingga berjaya, pesanan padu Shafnie Zainuddin undang sebak!

Iklan
Untitled design (69)

KEGAGALAN dalam rumah tangga tidak membuatkan wanita bernama Shafnie Zainuddin ini tunduk mengalah dengan mudah.

Sebaliknya, beliau yang merupakan bekas isteri pengacara terkenal, Datuk AC Mizal membuktikan dirinya mampu membesarkan anak-anak sendirian sehingga mencapai kejayaan.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, pasangan tersebut berkahwin pada 24 Jun 1995 sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001.

Iklan

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shafiq Iman dan Shabil Iman.

Shafnie yang juga bekas model dan pengacara itu sering berkongsi perkembangan mereka anak beranak menerusi media sosial miliknya.

Iklan

Baca ni "Handsome macam orang Jepun, terharu tengok siap berbaju Melayu & samping.' Aaron Aziz sekeluarga terbang ke Jepun rai anak sulung tamat belajar

Untuk rekod, anak sulungnya Shafiq sudah mendirikan rumah tangga tahun lalu, manakala anak keduanya, Shabil baru mengikat tali pertunangan baru-baru ini.

Terbaharu, wanita berhati kental itu memuat naik satu video throwback memaparkan anak-anaknya dari zaman kanak-kanak sehinggalah kini.

Hantaran tersebut dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya.

Baca ni 'Hadiah indah daripada anak untuk ibu.' Anak raih result cemerlang & dapat anugerah, luahan hati Rita undang sebak!

TITIP NASIHAT

Beliau secara terbuka menitipkan pesanan untuk kaum wanita khususnya mereka yang bergelar ibu tunggal.

"Buat ibu tunggal di luar sana, ALLAH sebaik-baik perancang untuk segala yang berlaku dalam hidup. Membesarkan anak-anak sendirian bukanlah sesuatu yang mustahil kerana ramai ibu tunggal sudah membuktikannya.

"Alhamdulillah, dengan izin dan pertolongan ALLAH, saya berjaya mengharungi bermula dari anak-anak tadika hingga akhirnya ke universiti," ujarnya yang turut berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang selalu memberi sokongan serta bantuan untuk mereka sekeluarga.

Baca lagi 'Cantiknya Alisa. Sekejap jer dah besar.' Hanis Zalikha kongsi video anak sambut hari lahir di spa kanak-kanak bikin warga maya teruja

Shafnie turut menambah, niat setiap wanita bergelar ibu hanyalah mahu membesarkan anak-anak menjadi orang yang berguna.

"ALLAH pasti akan membantu menunjukkan jalan. Percayakan diri anda dan anak-anak. Semua yang terbaik wahai wanitaku....," ungkanya lagi.

Perkongsian penuh emosi itu nyata cukup menyentuh hati dan meraih perhatian ramai.

Rata-rata memuji dan meluahkan rasa kagum atas kejayaan ibu kepada dua cahaya mata itu.

Berikut antara reaksi warganet:

'Tahniah Shaff. Bangga dengan anda. Bersaksi sendiri kesusahan anda membesarkan anak-anak, struggle mencari duit untuk membesarkan mereka. Paling utama anak-anak anda membesar dengan baik penuh adab dan berjaya.'

'Masya-ALLAH. Semoga ALLAH sentiasa berikan Shaf kesihatan yang baik dan semua yang baik-baik sahaja. Amin ALLAH YA MUJIB.'

'Saya ibu tunggal tiga orang anak yang berumur 28, 27 dan 25 tahun. Sekarang saya sudah punya cucu sorang. Alhamdulillah syukur.'

'Moga anak-anak dapat membahagiakan ibunya hingga ke akhir hayat. Tahniah puan.'

'Supermom. Contoh wanita & ibu hebat.' Tahniah puan dan anak-anak.'

'Alhamdulilah puan telah berjaya membesarkan anak-anak dengan baik. Semoga dipermudahkan urusan puan selalu. Amin.'

'Alhamdulillah tahniah puan. Ibu yang hebat. Semoga saya juga kuat seperti puan. Amin.'

'Walaupun saya tak kenal puan, tapi saya ucapkan alhamdulillah dan tahniah pada puan kerana seorang yang kuat. Membesarkan anak-anak sehingga berjaya.'

Sumber: Instagram shafnanieee

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.