PELAKON terkenal Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa gembira dan terharu selepas anak lelakinya, Danish Anaqi berjaya menamatkan pengajian baru-baru ini.

Untuk rekod, Danish Anaqi yang juga anak sulung kepada pelakon berusia 47 tahun itu sebelum ini melanjutkan pengajian pradiploma selama tiga tahun di salah sebuah kolej di Jepun.

“Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Terima kasih ALLAH kerana melindungi anakku selama tiga tahun. Danish, anda tidak tahu betapa bangga, gembira dan bersyukurnya daddy.

“Anda hero saya. Anda telah mencapai begitu banyak perkara yang Daddy tidak pernah capai. Semoga akan terus berjaya lagi kelak. Anda telah melalui semua perjuangan, ujian dan kesusahan. Malah, Danish juga memberi inspirasi kepada orang lain,” ujar beliau lagi.

Baca lagi ‘Cantik dan manis macam ibunya.’ Kongsi sambutan hari lahir anak, warganet puji Amy Mastura tetap awet muda

Perkongsian tersebut dimuat naik bersama video anak lelakinya dalam majlis konvokesyen yang disambut di Jepun.

Bertambah manis, Aaron sekeluarga sanggup terbang ke sana demi meraikan kejayaan tersebut.

TERIMA KASIH

Pada masa sama, pelakon Abang Long Fadil itu turut berharap putera kesayangannya itu turut peroleh kejayaan bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat juga.

Baca ni ‘Saya harap hubungan baik ini berterusan sehingga ke akhir hayat’. Memey mahu silaturahim dengan Abby terus mekar

“Itu akan menggembirakan saya lebih daripada segala-galanya di bumi ini. Harapan Danish akan jadi anak yang soleh, tidak tinggalkan solat.

“Terus berdoa dan miliki akhlak yang baik serta disayangi ALLAH AZZA WA JALLA dan mengikut ajaran junjungan kita Rasulullah SAW,” ungkapnya lagi.

Selain itu, aktor dari Kota Singa tersebut turut menitipkan ucapan terima kasih kepada guru-guru dan mereka yang selama ini banyak membantu kejayaan Danish.

“Terima kasih guru-guru dan semua orang di UWC ISAK, keluarga dan kawan-kawan yang mendoakan Danish dan rakan saya @lowyikchoon yang sentiasa menjadi sebahagian daripada pendidikan anak-anak saya sejak hari pertama,” tulis Aaron di ruangan kapsyennya.

Perkongsian Aaron itu menerima pelbagai reaksi warga maya. Selain dihujani ucapan tahniah, ada yang memuji penampilan anak bujang aktor tersebut yang berpakaian baju Melayu lengkap dengan samping.

Baca ni ‘Hadiah indah daripada anak untuk ibu.’ Anak raih result cemerlang & dapat anugerah, luahan hati Rita undang sebak!

Berikut antara komen warga maya yang kami kongsikan:

‘Handsomenya macam orang Jepun, siap berbaju Melayu & samping. Tahniah.’

‘Terharu tengok siap berbaju Melayu & samping.’

Iklan

‘Muka sebiji orang Jepun. Tahniah.’

‘Alhamdulillah contoh yang sangat baik. Semoga terus berjaya dunia Akhirat. Anaknya pun dah sebiji macam orang Jepun.’

‘Segak semuanya berbaju Melayu dan berbaju batik. Takkan Melayu hilang di dunia. Alah amboi amboi anak siapa.’

Baca ni ‘Macam kakak dan adik. Lesung pipit tu buat ramai cair.’ Gambar raya Sari Yanti & anak-anak raih pujian!

‘Alhamdulillah tahniah. Sekejap je masa berlalu. Terasa macam baharu je Danish pergi belajar. Tengok-tengok sudah tiga tahun.’

Iklan

Happy baca cerita kebahagiaan Aaron selepas si anak berjaya.

Bukan saja Aaron, mak ayah lain di luar sana mesti akan rasa perasaan yang sama.

Paling penting, kita sama-sama dan sentiasa mendoakan kejayaan dan kemaslahatan anak-anak kita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Sumber Instagram Aaron Aziz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.