Guna bahan mentah segar dari ladang sendiri untuk memasak, Farm Cafe di Batu Caves jadi buruan pencinta makanan

Iklan
farm cafe

FARM Cafe yang terletak di Taman Perindustrian Batu Caves, Selangor berkonsepkan sajian segar pantas menjadi tarikan orang ramai.

Mana tidaknya, semua bahan mentah seperti telur, ayam, daging kambing, susu, waima sayur-sayuran dibawa terus dari ladang sendiri yang terletak di Batu Arang, Selangor.

Iklan
Iklan

Pendekatan itu sememangnya akan menambah lagi keenakan sajian yang ditawarkan.

Menariknya lagi, premis itu beroperasi dari pagi hingga tengah malam. Ini bermakna, pelanggan boleh menikmati sarapan, makan tengah hari hingga menjamah makanan pada lewat malam.

Iklan

Pengurus Outlet, Farm Cafe, Mohd Irwan Mohd Faizal Wong berkata, pihaknya gembira apabila sambutan yang diterima daripada orang ramai cukup menggalakkan sejak ia mula dibuka pada Oktober tahun lalu.

Iklan

Menu yang diketengahkan dengan nama yang bombastik juga menjadi daya penarik kafe berkenaan sehingga menjadi bualan di media sosial.

"Jika disebut perihal menu, memang kami tawarkan persembahan kulinari kontemporari yang sememangnya tidak terdapat di mana-mana lokasi. Setiap resipi yang ditonjolkan memiliki keunikan tersendiri.

"Burger Lamburghini atau Burger Gemprek misalnya, pati daging kambing dan ayam segar dibuat sendiri oleh kami. Istimewanya untuk Burger Gemprek, sos percik berkeju menjadi senjata rahsia kelazatan sehingga membuatkan ramai yang memesan menu yang sama setiap kali berkunjung,” ceritanya.

Selain burger, Phat Duck Pasta yang merupakan spageti yang dimasak dengan sos masak lemak yang likat dan mengiurkan yang dihiasi hirisan daging itik salai turut laku keras.

Ujar Mohd Irwan lagi, tidak hanya 50 menu makanan yang wajib dicuba jika berkunjung ke Farm Cafe, senarai panjang minuman kopi artisan yang dibuat secara langsung di depan pelanggan wajib dirasai.

 

"Kami menggunakan kopi tradisional dengan jenama Kopi Pendang, selain biji kopi yang diimport dari Brazil, Ethopia dan China. Setiap minuman dipersembahkan melalui kaedah French Press, Syphon, Vietnam Drip dan V60 Coffee Dripper.

"Lagi enak menikmati secangkir kopi dengan seleksi pencuci mulut paling laris seperti Burnt Cheese Cake dan Brownies with Lotus Biscoff,” katanya kepada SinarPlus.

Sebagai tambah nilai, Mohd Irwan memberitahu, pihaknya turut menyajikan sajian istimewa hanya pada bulan tertentu seperti Seafood Platter yang memang berbaloi-baloi.

Baca juga Nasi lemak penuh satu talam, banyak lauk-pauk, kenyang sampai hari esok. OG Street Kitchen bikin ramai puas hati

Kepada peminat vegetarian pula, jangan bimbang kerana Farm Cafe menyediakan makanan seperti Burger Al Funghi yang diperbuat daripada campuran kekacang dan cendawan.

Kulim Cream Mushroom Soup, aneka salad termasuk set pastri yang dibakar setiap hari juga menanti anda.

"Paling penting, bahan yang kami gunakan semuanya segar dari ladang. Cubalah sendiri dan rasai sentuhan air tangan cef berpengalaman kami," ujarnya yang bakal memperkenalkan barisan menu baharu yang lebih menambat selera tidak lama lagi.

Farm Cafe MY

Alamat: 1, Jalan Industri Batu Caves 1/1, Taman Perindustrian, Batu Caves, Selangor

Waktu operasi: 10 pagi hingga 11 malam

Menu signatur: Lamburghini Burger, Burger Gemprek, Phat Duck Pasta, Manikam Madras Chicken Wing, Burnt Cheese Cake dan Brownies with Lotus Biscoff

Harga: Bermula RM7 hingga RM75.50

Facebook: Farm Cafe MY

Instagram: @farmcafe.my

#jomsinggah

HIDANGAN yang menggunakan bahan segar dari ladang semestinya satu kelainan yang menjadi tarikan baharu buat pencinta makanan.

Pertaruhan Farm Cafe nampaknya menjadi apabila menjadi tular di media sosial dengan seleksi menu menyelerakan.

Baca juga Berkelah di tepi padang golf. Pendekatan baharu sajian Miang Pla Ikan Siakap di Kelantan tarik perhatian ramai

Berikut empat lagi destinasi Jom Singgah yang boleh dipertimbangkan kerana turut menggunakan bahan mentah yang ditanam sendiri untuk kepuasan pengunjung.

Kebun & Kafe

Alamat: Lorong Melati, Kuang, Rawang, Selangor

Waktu operasi: 4.30 petang hingga 11.30 malam

Menu signatur: Burger Double Daging Patty

Harga: Bermula RM4

Facebook: Kebun & Kafe

Instagram: @kebundankafe

YZ Strawberry Farm and Cafe

Alamat: No. 22, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang

Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 5 petang

Menu signatur: Ikan patin tempoyak buah strawberi

Harga: Bermula RM6 hingga RM15

Facebook: YZ Strawberry Farm and Cafe, Kampung Taman Sedia

Amani Vanilla Temerloh

Alamat: Lot 2231, Kampung Bangau, Parit, Temerloh, Pahang

Waktu operasi: Bermula jam 11 pagi

Menu signatur: Aiskrim vanilla homemade

Harga: Bermula RM4 hingga RM9.90

Facebook: Vanilla Temerloh

Baca juga ‘Sebiji’ macam rasa masakan di Hatyai, Restoran Kak Roh Kitchen di Pulau Pinang jadi buruan ramai

Crab Farm Langkawi

Alamat: Kampung Kubang Badak, Pulau Langkawi, Kedah

Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 8 malam (Khamis tutup)

Menu signatur: Mi ketam nipah

Harga: RM20

Facebook: Crab Farm Langkawi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi