TREND nasi lemak dalam talam dengan lauk-pauk penuh melimpah semakin menjadi kegilaan ramai khususnya mereka yang sukakan kelainan untuk santapan malam.

Tempias populariti hidangan tersebut menjadikan OG Street Kitchen yang terletak di ThePort MY, Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor menjadi carian premis tertinggi di media sosial.

Tidak hanya ‘meriah’ dengan telur rebus, telur mata, ikan bilis, ayam, sotong, udang dan ikan goreng, set nasi lemak dulang yang diperkenalkan Rozeeta Abdul Manan sangat digemari kerana dek kepingan rangup kulit ayam serta ketam kecilnya.

Secara keseluruhan, terdapat empat jenis set menarik yang boleh dicuba iaitu Set Ciked, Set CikHappy, Set CikPut dan Set CikMarah pada harga bermula RM7 hingga RM50.

nasi lemak

Set Ciked misalnya, satu hidangan yang lengkap dengan dua ayam goreng, ketam kecil, keping kulit ayam dan sotong untuk seorang makan.

“Bagi mereka yang mempunyai selera besar, boleh pilih Set CikHappy atau Set CikPut bernilai RM20 dengan tambahan makanan laut seperti udang, ikan, sotong dan ketam kecil penuh satu talam. Memang puas hati.

Baca juga Nasi Lemak Kukus Tong Kayu, Nasi Apollo hidangan iftar wajib cuba di Movenpick. Memang best!

“Set CikMarah yang dijual pada harga RM50 untuk tiga hingga lima orang. Lengkap dengan dua telur rebus, satu telur mata dan tiga porsi sambal beserta semua lauk,” katanya yang mengusahakan perniagaan bersama suami tersayang, Azrul Helmi Ibrahim, 40.

nasi lemak

Mahu hidangan lebih ekstravaganza? Rozeeta turut mempertaruhkan Set CikPesta berharga RM100 dengan kelebihan ketam berkulit lembut. Cuma hidangan tersebut jarang ditawarkan kerana kekangan stok.

Bukan setakat pilihan lauk yang lain daripada lain, keistimewaan resipi sambal dengan olahan tersendiri menjadikan air tangan usahawan berusia 38 tahun itu lebih eksklusif.

nasi lemak

“Untuk menjadikan sambal nasi lemak ini bertambah enak, saya ambil isi ikan yang direbus terlebih dahulu sebelum digoreng garing. Kemudian isi tersebut saya kisar halus sebagai rencah tambahan,” katanya yang mengakui itulah senjata rahsianya.

Baca juga Nasi lemak dalam talam, saiz besar, lauk ‘rare’ melimpah-ruah. Memang puas hati makan

Menurut anak jati Kuala Lumpur itu, bukan mudah sebenarnya mahu membina jenama OG Street Kitchen. Akuinya, pelbagai kecaman netizen yang agresif di TikTok terpaksa ditelannya.

“Gara-gara sering dikecam, pada satu malam saya terjaga daripada tidur dan terus memberitahu suami yang saya mahu buat kelainan dengan meletakkan semua lauk dalam satu talam. Suami ingatkan saya mengingau, tetapi masa itu saya betul-betul nekad,” ceritanya.

nasi lemak

Siapa sangka, ilham yang datang secara spontan berhasil apabila dalam masa yang singkat, sebanyak 40 kilogram beras bersamaan hampir 400 mangkuk nasi habis terjual dalam sehari.

Baca juga Nasi lemak telur ‘haiwan’ habis makan baru perasan, 5 tip guna daun pisang, pastikan bersih!

“Nak kata masakan saya sedap, mereka kata nasi lemak biasa-biasa sahaja. Cuma mereka datang kerana ‘khidmat pelanggan’ saya. Boleh jadi sebab saya ramah dan suka melawak, mereka lebih suka dengar celoteh sambil pesan makanan yang kami tawarkan,” ujarnya berseloroh.

nasi lemak

INFO

OG Street Kitchen by Gengcikmak
Alamat: ThePort MY, Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Bermula jam 6 petangMenu signatur: Set Nasi Lemak CikHappy dan CikMarah
Harga: Bermula RM4 hingga RM100
Facebook: OG Street Kitchen by Gengcikmak
Instagram: @ogstreetkitchen

nasi lemak

#JomSinggah

Sajian nasi lemak penuh satu talam membuatkan ramai teruja untuk mencuba, apatah lagi diserikan dengan pilihan lauk yang pelbagai.

Iklan

Hidangan berkenaan bersifat universal kerana ia bukan sahaja dinikmati untuk sarapan pagi, tetapi menjadi suapan untuk makan petang mahupun malam.

Berikut empat lagi destinasi Jom Singgah untuk anda yang teringin mahu mencuba nasi lemak dengan saiz gergasi:

nasi lemak

Nasi Lemak Dulang

Alamat: Lot 158408, Jalan Sultan Azlan Shah Utara, Ipoh, Perak
Waktu operasi: 4 petang hingga 2 pagi
Harga: Bermula RM9
Facebook: Ipoh night market

nasi lemak

Nasi Lemak Selera Gergasi

Alamat: A14, Lorong Lengkok Kanan 22, Tanah Putih, Kuantan, Pahang
Waktu operasi: 6 petang hingga 1 pagi
Harga: RM5 hingga RM38
Facebook: Selera Gergasi

Iklan

nasi lemak

Nasi Lemak Talam

Alamat: MesaMall, Lot 13865, Persiaran Ilmu BBN Nilai, Negeri Sembilan
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Harga: RM12.90 hingga RM16.90
Facebook: MesaMall Malaysia

nasi lemak

Nasi Lemak Krabster

Alamat: Jalan Datuk Sulaiman, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 4.30 petang hingga 12 malam
Harga: RM13 hingga RM130
Facebook: Nasi Lemak Krabster
Instagram: @nasilemakkrabster

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.