Ibu ayah tak perlu ikut trend, stop paksa anak ambil bidang yang tidak diminati

Iklan
kerja dari rumah

Ibu ayah tak perlu ikut trend, stop paksa anak ambil bidang yang tidak diminati

PERHATIAN kepada ibu bapa, mohon hentikan sikap paksa anak-anak ambil bidang pembelajaran ikut trend.

Iklan
Iklan

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah diumumkan Khamis lalu menjadi permulaan untuk anak-anak berusia 18 tahun menyambung pelajaran seterusnya untuk kerjaya masa hadapan.

Ramai ibu bapa yang masih memaksa anak mengambil bidang yang mereka tidak minat. Ini sangat merugikan kelak.

Iklan

Perkara itu sangat penting kerana ia melibatkan kesihatan mental dan perjalanan anak di masa hadapan.

Ada suatu ketika, ibu bapa berlumba-lumba untuk menghantar anak untuk mengambil jurusan perubatan, pergigian dan farmasi dan juruterbang.

Iklan

Baca juga ‘Tokma wanita berkerjaya berdikari.’ Dr Amalina hargai pengorbanan, imbau suka duka dibesarkan ibu tunggal

Walaupun anak tidak berminat dan tidak mempunyai keupayaan dari segi akademik untuk mengambil jurusan tersebut, mereka tetap dipaksa semata-mata untuk memenuhi impian ibu bapa.

Wang simpanan dikeluarkan, pinjaman dibuat dan anak dihantar ke institusi pengajian tinggi swasta di dalam dan luar negara untuk mengambil bidang tersebut.

Ada yang terkandas semasa dalam pengajian dan ada yang tidak mampu untuk meneruskan kerjaya kerana tekanan yang tinggi.

Sebaliknya ini tindakan yang boleh diambil ibu bapa dalam perancangan masa hadapana anak-anak;

1. Kenalpasti kemampuan dan minat anak

2. Teroka bidang dan kerjaya lain

3. Lihat contoh kerjaya lain yang berjaya

4. Kaji pasaran kerja semasa.

Lambakan graduan dalam bidang tersebut menyebabkan ramai yang tidak mendapat pekerjaan tetap.

Baca juga 6 tip jawab soalan tentang kerjaya jika tetamu tanya ketika datang beraya.

[caption id="attachment_94466" width="800"] Kredit foto: Andrea Piacquadio[/caption]

Sebenarnya, banyak lagi bidang bidang lain yang boleh diteroka.

Dapatkan khidmat kaunselor kerjaya untuk meneroka bidang yang setara dengan minat dan kemampuan akademik anak anak.

Berbual dan berbincang dengan anak sambil mengkaji pasaran kerja semasa.

Berhentilah memaksa anak mengambil bidang yang tidak diminati semata-mata untuk memenuhi impian anda.

Semoga si anak dapat meneruskan pendidikan di dalam bidang yang diminati.

Sumber: Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.