DR Amalina Che Bakri, pakar bedah kelahiran Malaysia terkenal dengan pencapaian akademik yang mengagumkan. Baharu menimang cahaya mata, wanita kelahiran Malaysia itu mengenang pengorbanan ibunya, Sabariah Hassan.

Benarlah tangan menghayun buaian menggoncang dunia, pelajar cemerlang yang pernah mencatat sejarah dengan kejayaan meraih 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004 itu mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya dibesarkan oleh Sabariah sebagai seorang ibu tunggal.

Menerusi hantaran di Instagram, Dr Amalina berkongsi dua foto beliau bersama ibu dan anaknya, Arabella Mia yang merupakan tiga generasi dalam keluarga mereka.

Baca juga: Dr Amalina rangkul anugerah di Britain, Women of Future Awards 2021

Dalam titipan buat Arabella, Dr Amalina mendedahkan ibunya seorang yang berdikari dan berharap mengikuti jejak langkah Sabariah yang merupakan bekas pengetua sekolah dalam perihal mendidik permata hati.

“Arabella sayang, mummy dibesarkan oleh Tokma seorang diri dan beliau menjadikan mummy seperti sekarang. Mummy sangat gembira jika boleh menjadi hebat seperti Tokma dalam hal membesarkan anak.

“Kami melalui pelbagai suka dan duka tetapi Tokma seorang wanita kerjaya yang berdikari, berupaya mencapai apa sahaja diimpikan. Seorang wanita yang mengayun buaian boleh menggegarkan dunia,” titipnya.

Baca juga: Dr Amalina pilih kickboxing, wall climbing untuk kekal fit

Dr Amalina yang melahirkan Arabella pada Oktober lalu menghargai momen sebagai ibu dan berharap mampu membesarkan cahaya matanya menjadi wanita yang berani dan berjiwa besar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Tidak hanya itu, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu meraih kejayaan yang membanggakan hasil didikan dan asuhan ibunya sejak kecil.

Wajar dijadikan inspirasi buat generasi muda, berikut 10 pencapaian mengagumkan Dr Amalina.

1- Dr Amalina mencatat keputusan 17A1 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan sekaligus menjadi pelajar yang memperolehi ‘A’ terbanyak dalam sejarah peperiksaan tersebut.

2- Beliau kemudian menyambung pengajian ke peringkat A-Level pada September 2005 di Cheltenham Ladies College di United Kingdom dan memperolehi 5A.

3-Dr Amalina kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda perubatan di University of Edinburgh, Scotland pada September 2007. Pengajian ijazah pertama beliau dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Baca juga: Dr Amalina kongsi 5 tip elak lengah tugasan, istimewa buat pelajar Malaysia

4-Semasa di University of Edinburgh, Dr Amalina memperoleh satu lagi ijazah iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Biomedik dalam Farmakologi pada Julai 2010 semasa dalam pengajian ijazah sarjana muda perubatannya. Beliau akhirnya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan pada Julai 2013.

5- Beliau selepas itu melanjutkan pengajian peringkat sarjana, Masters of Philosophy (MPhil) in Translational Medicine and Therapeutics (TMAT) di Universiti Cambridge dan menjalani latihan sebagai doktor junior di Hospital Universiti Cambridge selama dua tahun sebelum memulakan latihan sebagai seorang doktor pakar bedah. Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor itu menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Kelas Pertama pada pertengahan 2015.

Baca juga: Selamat bersalin, Dr Amalina kini bergelar ibu, dedah wajah anak perempuan

Iklan
amalina
DR AMALINA

6- Dr Amalina telah meneruskan pengajian di Imperial College London pada Ogos 2015 untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dan felo akademik klinikal di bawah naungan NHS Healthcare Trust. Beliau terlibat dalam pengkhususan payudara, pembedahan plastik dan pembedahan awam dan telah berkhidmat di Hospital St Mary, Hospital Chelsea & Westminster dan Hospital Charing Cross.

7-Suri hati kepada Alexander Charles itu memperolehi Darzi Academic Clinical Research Fellowship daripada Imperial College London dan kini sedang belajar di peringkat ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang perubatan di Imperial College London di bawah tajaan Imperial College serta National Institute Health Research (NIHR) UK sambil bekerja di sebuah hospital terkemuka di London.

8-Dr Amalina menerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan pada tahun 2005.

Baca juga: Bengkung bukan kempiskan perut, tak perlu pakai setiap hari, Dr Amalina jelaskan fungsi sebenar

Alhamdulillah selepas 3 kali tangguh, akhirnya Dr Amalina disatukan

9-Beliau mendapat penghargaan tinggi daripada rakyat Malaysia selepas membantu membawa kanak-kanak yang mengalami kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di Hospital Kanak-Kanak London.

Baca juga: ‘Well done Ainul, cium sikit’- Dr Amalina

Iklan

10-Pada tahun 2021, Dr Amalina telah menerima Anugerah Uk Women Of The Future Award 2021 dalam kategori profesion perubatan.

Benarlah tangan mengayun buaian mampu menggoncangkan dunia. Peranan ibu dalam mendidik memberikan impak besar kepada kejayaan anak-anak.

Semoga kejayaan Dr Amalina dan ibunya ini menjadi inspirasi wanita dalam mencungkil potensi diri dan mengasuh generasi muda.

Baca juga: Wow! Dr Amalina selebriti kedua muncul dalam Vogue Britain. Bukan calang-calang orang ya

Sumber: Instagram Dr Amalina, 1

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.