Ketam sangat baik untuk pertumbuhan otak anak, banyak khasiat mak-mak wajib tahu

Iklan
Ketam sangat baik untuk pertumbuhan otak anak, banyak khasiat mak-mak wajib tahu

Ketam sangat baik untuk pertumbuhan otak anak, banyak khasiat mak-mak wajib tahu

ANDA peminat ketam? Pastinya jenuh menahan perasaan bila melihat pelbagai menu berasaskan ketam yang berkeliaran di media sosial kan.

Iklan
Iklan

Selain rasanya yang sedap, ketam mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh. Salah satunya ia antara makanan untuk kuatkan otak anak-anak.

Ketam juga tinggi kandungan omega 3 yang mana penting untuk pertumbuhan otak anak yang optimum.

Iklan

Ada kajian menyatakan, apabila mengambil seafood seperti ketam sekali seminggu, ia boleh kurangkan risiko penyakit pelupa seperti Dementia dan Alzheimer's disease. Menarik betul kan.

Kita cubalah seminggu sekali atau sebulan sekali pun tak apa. Kalau anak umur setahun ke atas, kita dah boleh start kenalkan ketam ini.

Iklan

Baca juga Sup ketam, jus betik sembuhkan demam denggi? Ini penjelasan pengamal perubatan

[caption id="attachment_116966" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]

Antara khasiat lain pada ketam untuk anak;

1. Untuk kesihatan jantung.

2. Kurangkan risiko anemia, ketam ada kandungan folate dan vitamin B12, penting untuk sel darah merah anak.

3. Penting untuk pertumbuhan otot anak, ketam padat dengan kandungan protein.

4. Bagus untuk sistem imun anak, ketam juga tinggi kandungan zink.

5. Baik untuk sistem saraf, dengan kandungan vitamin B12, selenium dan copper dalam ketam.

Semua ni, penting untuk anak kita dan ia ada dalam real food ketam.

Baca juga Petua berguna pilih ketam banyak isi anak nelayan share, barulah berbaloi beli mahal

[caption id="attachment_116539" width="800"] Kredit foto: Wanie Ishak[/caption]

Bukan jejari ketam yang tinggi pengawet, MSG, pewarna dan perasa. Ini bukan ketam sebenar. Elakkan dari anak kita ya, seboleh mungkin.

Bila kita banyak ambil real food sebagai makanan utama anak-anak, mereka tidak lagi perlukan supplement tinggi gula untuk otak mudah belajar, fokus dan cepat ingat.

Sebenarnya bila kita sediakan makanan untuk perut anak, kita juga tengah sediakan makanan untuk otak dan hati anak, dalam masa yang sama.

Apa yang baik di perut anak, baik juga di otak dan hati anak kita. Begitu juga sebaliknya.

Kita cuba sama-sama ya, berikan yang terbaik semampu kita, untuk perut, otak dan hati anak-anak.

Sumber: Dr Mazliana Mazlan

Baca juga Jemput-jemput jejari ketam rangup, lembut di dalam simple & kenyang sesuai kudapan keluarga

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!