BAGI anda yang suka menggunakan daging kisar untuk masakan, pasti menghadapi masalah untuk menyimpan baki daging yang tak habis digunakan.
Jangan risau, jom SinarPlus kongsikan cara yang cukup simple, mudah dan paling penting menjimatkan masa.
Tip berkenaan sebenarnya dimuat naik oleh Yatie Eimra menerusi laman Facebooknya.
Menurut beliau, cara yang dikongsikan itu cukup mudah. Jika nak guna daging kisar tersebut, ambil banyak mana yang anda ingini dan tidak perlu nak defrost semua sekali.
"Daging kisar ini biasanya saya guna sebagai rencah je dalam masakan sayur dan lain-lain. Kalian pernah tak alami masalah nak guna sikit je, tapi terpaksa defrost semua sekali.
"Bukan setakat ambil masa nak defrost, tapi jika kita kerap defrost & freeze semula, ini akan membuatkan daging kisar cepat rosak dan menggalakkan pembiakan bakteria juga," ujar Yatie.
Baca lagi 'Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.' Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!
ICE TRAY PELBAGAI FUNGSI
Justeru, beliau mencuba tip mudah dengan menggunakan ice tray atau bekas kiub ais.
"Sebelum ni, lepas beli saya simpan dalam freezer sekejap sampai separa beku, lepas tu potong kiub, tapi masalahnya, bila terlupa daging tersebut beku terus.
"Sekarang ni lepas beli, saya terus masukkan daging kisar dalam ice tray begini. Di rumah ini, memang ada bermacam-macam jenis ice tray untuk fungsi yang berbeza. Ada yang khas untuk ais, untuk daging kisar, untuk puri buah-buahan bayi dan sebagainya," kongsinya.
Menurut beliau lagi, ice tray yang digunakan itu tidak mempunyai penutup.
Baca ni Cara repair peti ais tak sejuk bermodalkan RM12 jer. Lelaki ini kongsi tip mudah & menjadi!
Baca lagi Tip simpan susu cair yang sudah dibuka supaya tak mudah rosak dan tahan lama sampai 3 bulan
"Disebabkan tiada penutup, jadi saya balut dengan cling wrap dahulu supaya daging tidak kena udara sejuk secara terus dan membuatkan ia cepat kering.
"Apabila sudah beku nanti, pindahkan ia ke dalam bekas. Bila nak guna, ambil ikut kuantiti yang nak guna," ujarnya yang rajin berkongsi tip masakan dan dapur menerusi laman sosial miliknya.
Bagus betul idea Yatie ni, memang tak terfikir langsung. Apa lagi, jom cuba!
Sumber: Facebook Yatie Eimra
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!