UNIK dan menarik cara wanita ini tanam pokok daun sup. Malah katanya, teknik berkenaan juga cukup mudah dan berkesan.

Seorang pengguna, Mai Vo Dyakonov menerusi laman Facebook miliknya berkongsi petua berguna itu.

Menurut beliau, kaedah tanaman daun sup hanya menggunakan kaedah tali mop. Ia dipraktikkan sejak September 2022 dan ia memang menjadi!

Baca ni ‘Pandai nyanyi & masak, untung suami.’ Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

“Memang saya ada makan setiap hari. Alhamdulillah, hidup sampai ke hari ini sejak saya tanam pun saya rasa baru dua kali saya letakkan baja.

“Cara saya tanam daun sup wajib hidup walaupun kurang matahari dan kasih sayang serta selalu kena tinggal. Daun sup suka air tetapi tidak suka tanah lembab dan tidak suka air kena batangnya,” dedah beliau menerusi kapsyennya.

Selain daun sup, wanita itu juga mengguna pakai kaedah yang sama untuk tanaman daun saleri.

“Saya baru tanam sahaja pada Februari lalu dan sudah mendapat hasilnya,” ujar beliau lagi.

Berikut dikongsikan kaedah tanaman daun sup menggunakan tali mop:

Baca ni ‘Mesti waktu hamil mommy rajin.’ Isteri Shukri Yahya kongsi gelagat anak lelaki suka mengemas, ramai nak buat menantu!

Bahan-bahan:
Tanah campur (10 dalam 1 yang dicampur dengan sedikit tanah merah)
Pasu
Bekas yang lebih besar dari pasu
Batu-batu
Tali mop (pastikan jenis yang tebal)
Benih pokok sup

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

Cara tanam:
1. Sediakan benih pokok sup. Ambil daun sup yang dibeli di pasar, kemudian potong bahagian pangkal dan rendam dalam air selama dua hari atau sehingga akar baharu tumbuh.

Baca lagi ‘Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.’ Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

2. Ambil tali mop dan tarik satu persatu mengikut kuantiti atau banyak mana yang diperlukan.

3. Setelah itu, masukkan tali mop berkenaan ke dalam lubang pasu. Pastikan tali mop terjuntai keluar.

5. Kemudian, masukkan segenggam batu-bata kecil diikuti dengan tanah yang dicampur tadi ke dalam pasu. Pastikan ia menutup semua tali mop.

Iklan

6. Seterusnya, basahkan tanah kemudian buat lubang. Tanam benih pokok sup tersebut. Sebelum itu, rendam terlebih dahulu benih berkenaan selama dua malam.

7. Ambil bekas besar dan masukkan air di dalamnya kemudian letak pasu. Pastikan air tenggelamkan tali mop tersebut.

Baca lagi Nafkah RM2.1 juta sebulan, ada 16 pembantu, wanita isteri bilionair hanya perlu berdandan cantikkan diri

Tip tambahan:
– Kaedah ini tidak memerlukan anda menyiram pokok berkenaan setiap hari. Selepas 3-4 hari periksa air. Jika kering tambah air.

Iklan

– Baja yang sesuai digunakan untuk kaedah penanaman ini ialah baja hidroponik atau baja AB.

-Caranya campur dalam air mengikut sukatan di botol, kemudian barulah tuang ke dalam bekas bawah pasu tersebut.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Mai Vo Dyakonov

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.