RENDANG sajian wajib dihidangkan di meja pada hari raya.
Ramai yang menggemari rendang daging, ayam atau kerang tetapi rendang ayam pencen pula special dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Rasa isinya manis dan harga yang lebih murah menjadikan ayam pencen sebagai pilihan para penggemarnya.
Resipi rendang ayam pencen oleh Nor Hasnah Abdul Kadir ini nampak sedap dan elok kejadiannya.
Masakan tidak, perkongsiannya itu menerima 3,000 tanda suka dan 1,800 share.
Rendang Negeri Sembilan dimasak dengan pelbagai ramuan hingga terbit minyak itu nampak sedap dan penuh perisa.
RENDANG AYAM PENCEN
Bahan
1 ekor ayam pencen
1 kg santan pekat
1 genggam cili api (dikisar) [BELI DI SINI]
1 genggam bawang merah hiris [BELI DI SINI]
1/2 genggam bawang putih [BELI DI SINI]
1/2 genggam halia (dihiris) [BELI DI SINI]
1/2 genggam kerisik [BELI DI SINI]
5 batang serai (diketuk) [BELI DI SINI]
2 keping asam keping [BELI DI SINI]
Garam dan kunyit secukupnya
Cara penyediaan
1-Masukkan air paras ayam dan rebus ia dengan semua bahan kecuali kerisik kira-kira selama dua jam.
2-Dalam tempoh itu, anda boleh menambah air pada kuantiti yang sama sekali lagi.
3-Selepas itu, masukkan santan dan kerisik.
4-Renihkan rendang sehingga kering.
5-Sedia untuk dihidang!
Baca juga: Petua mudah ayam kampung, ayam pencen cepat empuk, masukkan bahan ini masa rebus
TIP RENDANG AYAM PENCEN
Selain resipi, Nor Hasnah turut berkongsi tip agar rendang ayam pencen ini bertambah sedap.
a)Beliau menyarankan agar semua bahan dihiris.
b)Serai pula hanya dititik atau diketuk.
c)Selain itu, beliau tidak memasukkan gula kerana mahu rendang yang dihasilkan rasa manis hanya daripada pati santan sahaja.
Selamat mencuba!
Baca juga: 1,900 share, resipi Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, pedas dan sangat sedap!
INFO AYAM PENCEN
- Ayam pencen terdahulu adalah ayam yang hanya menghasilkan telur.
- Ia disebut sebagai ayam pencen setelah habis tempoh penghasilannya.
- Ayam pencen selalunya berumur lebih dari tujuh hingga lapan bulan berbanding ayam kampung organik iaitu di bawah tiga bulan.
- Oleh kerana ayam pencen agak tua, justeru isinya lebih liat. Ayam ini perlu direbus atau direnih lama untuk mendapatkan tekstur yang lembut.
- Ayam pencen dijual dengan harga yang lebih murah berbanding ayam kampung mahupun ayam daging.
Baca juga: Cara masak daging dendeng sedap, ini sukatan untuk sekilo daging
Sumber: Nor Hasnah Abdul Kadir , Afzy Marketing
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!