CUTI panjang sempena sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini membuatkan ramai yang merancang untuk berlibur di destinasi popular bersama keluarga.
Selepas penat melapah daging korban di kampung halaman atau taman perumahan sendiri, apa kata rehatkan diri di lokasi yang dicadangkan SinarPlus.
Carian di media sosial mendapati, sudah ramai pengusaha membangunkan tanah kosong dengan konsep homestay atau vila yang memiliki nilai tersendiri.
Tidak hanya membina sebuah kediaman eksklusif dengan kemudahan kolam mandi, ruang pandang yang luas dengan bonus panorama sawah padi yang menghijau jadi satu kelebihan.
Malah, mereka juga kreatif mereka bentuk rumah dengan pelbagai desain penuh warna-warni demi memikat hati pengunjung.
Mana tahu, ada yang sanggup mohon cuti ekstra dengan bos gara-gara tak puas mahu beristirahat. ?
Berikut lima destinasi homestay special yang boleh dipertimbangkan jika kalian berada berhampiran:
1. Padihijau Homestay
- Jika kalian bercuti di sini, boleh pilih dua jenis penginapan iaitu chalet tiga segi dan unit banglo.
- Jika datang dengan famili besar, lebih baik menginap di banglo yang lengkap dengan dapur.
Alamat: No 15, Parit 8 Timur, Sungai Besar, Selangor
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: PadiHijau Homestay
Instagram: @homestay_padihijau
2. Homestay Dahlia II
- Banyak pilihan bilik ditawarkan di Homestay Dahlia II.
- Selain mempunyai kemudahan kolam renang, pengunjung juga dipelawa untuk bermain ATV atau beriadah di tali air.
Alamat: Batu 4, Parit Haji Amin, Kuala Kurau, Perak
Waktu operasi: 8 pagi hingga 11 malam
Facebook: Homestay Dahlia II, Batu 4, Parit Haji Amin, Kuala Kurau
Instagram: @homestaychaletdahliaii
3. Rumakici
- Terkenal dengan konsep minimalis dengan dua unit rumah dengan keluasan 26X10 kaki persegi di tepi sawah.
- Lagi seronok, kolam renang besar dibina di tengah kediaman. Ruang juga privasi daripada tatapan orang ramai.
Baca juga Dari Sekinchan ke Kuala Selangor, rasai pengalaman bermalam di pinggir sawah padi
Alamat: Jalan Setulang Daeng, Pulau Gadong, Melaka
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: rumakici
Instagram: @rumakici
4. Serene.GG Villa
- Jika mahukan percutian privasi, Serena.GG Villa antara pilihan terbaik.
- Lengkap dengan pembantu, servis basuh baju, kolam infiniti, jakuzi dan ruang yang luas serta berpagar.
- Paling penting, tempat OOTD disediakan.
Alamat: Lot 16094, Jalan Parit 8 Timur, Sungai Besar, Selangor
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: Serene.GG
Instagram: @serenegg_villasawah
5. Mirnaz Roomstay
- Antara destinasi transit popular di Perlis untuk mereka yang mahu melancong ke negara jiran.
- Jangan risau, banyak pilihan bilik. Antaranya cottage pelangi, kabin deluxe dan kayu tradisional.
Alamat: Lot 2355, Jalan Kaki Bukit, BaTu 3, 3/4, Kampung Masjid, Kangar, Perlis
Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang
Facebook: Mirnaz Roomstay
Seronok sebenarnya kalau sekali-sekala dapat bercuti walaupun hanya satu malam.
Paling teruja, sudah tentunya anak-anak sebelum mereka sibuk dengan sesi persekolahan pula.
Jika tiada kesempatan untuk bercuti pada minggu ini, tak mengapa.
Boleh plan dan booking dulu pilihan homestay idaman, sampai masa nanti bolehlah berehat di sana.
Okey! Selamat Hari Raya Aidiladha dan berhujung minggu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!