Mata boleh jadi buta, kaki boleh kena potong angkara kencing manis. Anak muda yang ramai menderita penyakit ini

Iklan
23CC7F4B-B7DD-4B7B-A9D6-4408925AFA8E

DIABETES atau kencing manis (diabetes mellitus) merupakan antara penyakit lazim yang dihidapi oleh rakyat di negara ini.

Berdasarkan data, Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes yang tertinggi di Asia dan kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi.

Iklan
Iklan

Dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mordibiti 2019 pula, kadar peratusan pesakit meningkat daripada 13.4 peratus pada tahun 2015 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019. Anak muda direkodkan antara golongan yang ramai menanggung krisis kesihatan itu.

[caption id="attachment_118379" width="600"] SUMBER PhotoMIX Company daripada PEXELS.[/caption]

Iklan

Penyelidikan sama mendedahkan, satu daripada lima orang dewasa berumur 18 tahun ke atas menderita diabetes atau bersamaan 3.9 juta penduduk.

Menyokong kepada fakta berkenaan, laman perubatan Medical News Today yang memetik statistik National Diabetes Statistics Report 2020 melaporkan,  210,000 kanak-kanak dan remaja di Amerika Syarikat yang berusia kurang daripada 20 tahun telah didiagnosis dengan kencing manis. 

Iklan

 

Sementara itu, World Health Organization (WHO) melaporkan, bilangan pesakit mencanak naik daripada 108 juta orang pada tahun 1980 kepada 422 juta pada tahun 2014. 

Perangkaan itu jelas menunjukkan bahawa masalah itu tidak boleh dipandang remeh.

Baca juga: Diabetes ragut 3 nyawa setiap minit di seluruh dunia, ini fakta yang wajib semua ambil tahu

[caption id="attachment_118380" width="599"] SUMBER Pavel Danilyuk daripada PEXELS.[/caption]

SinarPlus kemudian membawa topik kesihatan tersebut dalam program DNA dengan membawakan tajuk Diabetes: Jangan Sampai Potong Kaki!

Pakar Perubatan Keluarga, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Megat Mohamad Amirul Amzar Megat Hashim yang dijemput sebagai ahli panel berkata, terdapat dua sebab mengapa seseorang boleh menderita masalah berkenaan. 

Ia merujuk kepada faktor yang tidak boleh diubah dan boleh diubah.

"Sejarah keluarga yang memiliki penyakit diabetes adalah faktor yang tidak boleh diubah, sementara gaya hidup dan pemakanan pula faktor boleh ubah. Sekiranya seseorang suka makan makanan manis, makan lewat malam dan tidak suka bersenam, ia menyumbang kepada penyakit ini," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Megat Mohamad berkata, obesiti mempunyai perkaitan rapat dengan diabetes. 

"Seperti yang ramai sedia maklum, Malaysia mencatatkan kes obesiti tertinggi di Asia Tenggara. Apabila seseorang mengalami kegemukan melampau, secara tidak langsung, tubuh mereka dipenuhi dengan lemak. 

"Lemak yang ada akan menyelaputi tisu dan sel. Perkara itu mengakibatkan hormon insulin tidak dapat masuk ke dalam sel tersebut, sekali gus menyebabkan gula di dalam badan tidak dikawal dengan baik," jelasnya.

[caption id="attachment_118381" width="267"] SUMBER Karolina Grabowska daripada PEXELS.[/caption]

Apabila situasi itu tercetus, ia akan menyebabkan seseorang mengalami komplikasi kesihatan yang lain pula. 

"Bacaan gula yang begitu tinggi akan membahayakan salur darah dan saraf kerana gula berlebihan akan menjadi toksin dalam tubuh. Apabila seseorang yang ada diabetes, tetapi tidak mendapatkan rawatan, ia boleh memicu kepada komplikasi pada mata dan buah pinggang. 

"Jika ditanya mengapa buah pinggang? Ia kerana di dalam organ itu terlalu banyak salur darah dan mengakibatkan fungsi buah pinggang terganggu,” kongsinya. 

Cetus banyak penyakit

Dalam pada itu, Hello Doktor dalam penulisannya berkata, tiada gejala yang ditunjukkan membuatkan seseorang tidak tahu diri mereka berdepan dengan masalah diabetes.

Apabila keadaan itu berterusan, tercetuslah penyakit strok, angin ahmar, buah pinggang, buta, berdepan dengan prosedur amputasi (pemotongan anggota badan). Biasanya pesakit diabetes tahap 2 berisiko mengalaminya.

Baca juga: Wow! Nasi sejuk elok untuk diet, pesakit diabetes, ahli kimia kongsi 15 fakta mudah faham

 Baca juga: Jantung bengkak boleh sebabkan kegagalan jantung. Pesakit diabetes, hipertensi antara yang kena waspada

[caption id="attachment_118382" width="599"] SUMBER Pavel Danilyuk daripada PEXELS.[/caption]

Dr Megat Mohamad kemudian menyenaraikan simptom-simptom yang biasa dialami oleh pesakit diabetes. Antaranya:

1. Kuantiti air kencing yang dikeluarkan begitu banyak: Ia disebabkan kandungan gula terlalu tinggi dalam darah.

2. Cepat dahaga: Disebabkan kerap membuang air kecil dengan kuantiti yang banyak, ia akan membuatkan seseorang cepat haus. 

3. Mudah terkena jangkitan: Kandungan gula yang tinggi menyebabkan bakteria atau kuman  gemar untuk 'duduk' di dalam badan.

4. Cepat penat dan lesu: Sekiranya jantung dan buah pinggang mengalami komplikasi seperti air bertakung di dalamnya, pesakit mudah untuk berasa penat dan lesu. 

Terang Dr Megat Mohamad, cara perawatan pesakit kencing manis adalah bergantung kepada jenis diabetes yang dideritai.

"Jika pesakit diabetes jenis 1, mereka memerlukan rawatan insulin. Bagi pesakit diabetes jenis 2, mereka biasanya dibekalkan ubat yang boleh merangsang otot dan sel untuk menggunakan gula sebagai tenaga," ujarnya.-SYAMIRA LIANA NOR ASHAHA

 

ANEKDOT

ANTARA beberapa kaedah lain merawat diabetes:

1. Pembedahan bariatrik: Ia merupakan salah satu langkah untuk mengatasi kegemukan. 

2. Pemindahan Islet Cell: Pesakit yang menghidapi diabetes jenis 1, mereka mungkin memerlukan pemindahan Islet Cell. Teknik ini antara lain boleh menghalang daripada berlakunya hypogycemia (gula di dalam badan begitu rendah kerana terlalu banyak suntikan insulin).

3. Diabetes insipidus: Jika ia berpunca daripada kekurangan hormon antidiuretik (ADH) di dalam badan, maka desmopressin akan diberikan sebagai pengganti. Ia akan bertindak seakan-akan hormon ADH dan boleh diambil melalui tablet oral atau pun semburan pada hidung. 

Jika disebabkan buah pinggang, amalan pemakanan yang kurang garam haruslah digalakkan agar  organ penting itu kurang menghasilkan air kencing dan air dapat dikekalkan di dalam badan. Kadangkala ubat thiazide akan diberikan, tetapi bergantung atas nasihat doktor.

Sumber DOCTOR ON CALL dan MAYO CLINIC

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!