PETUA rebus telur ini amat praktikal terutamanya apabila melibatkan jumlah besar beratus biji.
Terutama dalam penyediaan bunga telur untuk sesetengah majlis atau kenduri.
Baca juga: Petua telur rebus mudah dikupas tambah dua bahan ini, baru elok licin berkilat
Cabaran merebus telur dalam kuantiti banyak ini risikonya ialah retak. Jika sudah retak, tentu rupanya sudah tak cantik kan? Apa kata guna petua yang dikongsikan Ipah Iput ini.
Tanpa menggunakan apa-apa bahan kecuali sebuah plastik biasa, petua ini amat mudah dan menjimatkan.
Kata Ipah, kalau sayangkan telur dan tak mahu ia retak, masukkan ia ke dalam plastik.
baca juga: Ini resipi sambal cili api telur rebus goreng menggoda
Selain cara ini, tinjauan SinarPlus mendapati terdapat beberapa teknik lain yang boleh digunakan untuk mengelakkan telur rebus retak.
1. Biar telur pada suhu bilik sebelum rebus
Jika anda menyimpan telur anda di dalam peti sejuk dan merebusnya, ia akan cenderung retak kerana gas memanas dan mengembang di dalam kulitnya.
Agar telur sejuk berubah kepada suhu bilik dengan cepat, rendamkannya ia didalam air paip selama beberapa minit sebelum direbus.
2. Guna telur yang lebih tua
Telur segar membran luarnya melekat pada kulit manakala membran dalam melekat pada putih telur. Jika telur lama, membran ini melekat lebih rapat pada cangkerang dan risiko retak lebih rendah.
3-Susun telur jangan bertindan
Susunan telur yang betul semasa merebus boleh mengelakkan ia retak. Jangan penuhkan telur dalam satu periuk pada satu masa.
Jika anda cuba merebus terlalu banyak telur sekali gus, ia mudah retak kerana berat.
4-Masukkan cuka
Masukkan cuka ke dalam air rebusan. Cuka membantu protein dalam putih telur mengeras lebih cepat untuk menyumbat sebarang retakan yang timbul pada kulitnya.
Baca juga: Telur rebus air asam viral
Sumber: Ipah Iput
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!