Ini resipi sambal cili api telur rebus goreng menggoda

Ini resipi sambal cili api telur rebus goreng menggoda
Ini resipi sambal cili api telur rebus goreng menggoda
A
A
A

PENING untuk memikirkan menu makan malam atau tengah hari?

SinarPlus syorkan anda cuba masakan sambal cili api telur rebus goreng ini.

Selain ia menggoda korang untuk makan bertambah, cara memasaknya juga sangat ringkas.

Sesuai sangat dengan korang yang tidak banyak masa dan sibuk uruskan anak-anak belajar dari rumah.

Boleh dimakan bersama ulam-ulaman. Fuh! Sedap...

Bahan-bahan:

  • Cili api
  • Lada besar
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 1 keping asam keping
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

1. Rebus telur. Kemudian goreng telur rebus tersebut. Ketepikan dahulu.

2. Kisar cili api, lada besar, bawang besar dan bawang putih.

3. Tumis bahan-bahan yang dikisar, kemudian masukkan asam keping.

4. Masukkan gula dan garam. Masak sampai garing.

5. Kemudian masukkan telur rebus yang telah digoreng tadi.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Boleh juga cuba resipi Lemak, masin dan manis… sedapnya jagung rebus susu cheese

Sumber : Uwan Nolly Epin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca