MI goreng sejenis juadah simple yang ringkas untuk disediakan. Kata orang, campak-campak bahan, gaul-gaul dah siap boleh dihidang.
Pun begitu, ramai juga yang tak tahu bagaimana membuat menu itu rasanya sedap seperti di kedai.
Perkongsian seorang wanita di Facebook menarik perhatian ramai. Rupanya rahsia dia membuat mi goreng yang lazat dengan hanya menggunakan daging.
Katanya resipi yang digunakan sangat senang, jadi jom kita cuba buat mi goreng daging meletop ini.
Apa yang penting, confirm anak-anak dan suami suka.
Bahan-bahannya;
- 1 paket mi kuning
- Daging yang telah direbus dihiris nipis
- 1 sudu besar cili kisar [Beli di sini]
- 3 ulas bawang putih
- 4 sudu besar sos tomato [Beli di sini]
- 5 sudu besar kicap [Beli di sini]
- 3 sudu gula [Beli di sini]
- Sawi, tomato dan sebagainya
Baca juga Meriahnya! Resipi mi goreng sedap 60 orang makan, idea menarik potluck atau jamuan. Jimat belanja!
Cara membuatnya;
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tomato, kicap dan gula. Selepas itu masukkan daging yang siap direbus dan dihiris nipis. Biarkan mereneh.
3. Masukkan mi dan sayuran yang disukai serta sedikit air. Kacau-kacau sehingga basah sedikit kering (mi berkilat). Siap untuk dihidangkan.
Cuba juga Teringin nak makan mi goreng mamak? Boleh buat di rumah!
Tip:
1. Boleh jer nak tambah bahan lain seperti sotong, udang atau ayam.
2. Tabur bawang goreng dan daun bawang, jangan lupa perah asam limau.
Semoga bermanfaat! Selamat mencuba.
Sumber: Niq Ain
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang.