Teringin nak makan mi goreng mamak? Boleh buat di rumah!

Teringin nak makan mi goreng mamak? Boleh buat di rumah!
Teringin nak makan mi goreng mamak? Boleh buat di rumah!
A
A
A

DALAM musim kawalan pergerakan ini, kadang-kadang mesti teringin nak makan macam-macam tapi malangnya tidak semua kedai yang buka atau jauh dari rumah kerana jarak pergerakan sudah dihadkan kepada 10km sahaja.

Namun, sekiranya anda teringin nak makan mi goreng mamak, tidak usah pergi ke kedai lagi tetapi boleh cuba resipi ini di rumah untuk lepaskan ‘craving’ anda.

Bahan-bahan :

Mi kuning

Udang (dibuang kulit)

Bawang Putih (dihiris)

Bawang Merah (dihiris)

Kicap cair

Kicap pekat

Sos cili

Sos tomato

Sos tiram

Cili kisar

Tauhu

Kentang (dipotong dadu)

Taugeh

Kubis

Timun

3 biji telur

Fish cake

Cili besar (dihiris)

Cara penyediaannya:

Anda perlu tumis bawang putih, bawang merah, cili kisar sehingga naik minyak dengan api yang sederhana. Kemudian tambah sos cili, sos tiram, kicap pekat dan biarkan masak sekejap atau sehingga naik bau.

Selepas itu, anda boleh masukkan udang, fish cake, tauhu , kentang yang sudah digoreng terlebih dahulu dan kubis.Tolak bahan ke tepi dan masukkan telur yang sudah dikacau serta gaul sehingga telur masak sedikit dan kemudian masukkan mi kemudian gaul sebati dengan kuah tadi.

Selepas selesai masukkan tauge dan cili besar dan perasakan dengan serbuk perasa seta kicap cair jika perlu. Hidang bersama perahan limau kasturi dan juga bawang goreng. Siap!

Bagi yang baru belajar nak memasak, resipi ini mudah untuk anak cuba.

Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca