Earphone Logitech G Pro X2 Lightspeed sesuai untuk atlet e-Sport, pemain online yang mahukan kepuasan dari segi bunyi, komunikasi

Iklan
Logitech G Pro X2 Lightspeed

PENGELUAR teknologi dan peralatan permainan terkemuka dunia, Logitech G memperkenalkan set kepala e-sukan terbaharu, G Pro X2 Lightspeed dengan inovasi lebih moden.

Direka khas untuk atlet permainan dalam talian, peranti tersebut menampilkan pemacu Pro-G 50mm Graphene Revolusioner serba canggih.

Iklan
Iklan

Pengurus Produk Utama Logitech G, Chris Pate berkata, sudah menjadi prinsip Logitech G PRO Series untuk mencipta peralatan yang mampu memenuhi keperluan para atlet sukan elektronik profesional dan pemain berdaya saing.

"Dengan PRO X 2, kami telah mencapai tahap prestasi yang cemerlang dengan mereka bentuk semula pemacu PRO-G dengan teknologi audio Graphene.

Iklan

"Inovasi tersebut membantu kami mencipta pemacu yang berkualiti tinggi dan melancarkan permainan pada tahap maksimum,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

 

Berikut spesifikasi menarik mengenai G Pro X2 Lightspeed:

  • Pemacu audio PRO-G 50mm Graphene baharu memberikan peningkatan dalam ketepatan penghasilan semula bunyi, isyarat dan pengurangan herotan.

  • Sambungan tanpa wayar lebih tahan lama hingga 50 jam.
  • Desain bingkai aluminium dan keluli tahan lasak serta ringan.

Baca juga Jangan lepaskan miliki fon telinga canggih, Earbuds 2 Lite bersama siri terbaharu HONOR 50

Baca juga Kualiti audio lebih baik, reka bentuk lebih stail. HUAWEI Freebuds 5i memang boom!

  • Tampil dengan mikrofon kardioid boleh tanggal.
  • Lengkap dengan penapis perisian Blue VO!CE termaju melalui G HUB untuk komunikasi lebih jelas.

Harga jualan bermula RM1,099 dan boleh didapati di outlet rasmi Logitech G di Lazada dan Shopee. Untuk info lanjut, layari LogitechG.com/pro-x-2.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!