KONSEP menjamu selera dengan cara duduk bersila sudah banyak diperkenalkan pengusaha makanan sekarang.
Lazimnya, konsep sebegitu akan menghidangkan lauk kampung dari pelbagai negeri.
Kalau kita lihat, terdapat pengusaha yang menjadikan sebahagian rumah mereka sebagai restoran atau warung.
Bagi sesetengah orang, pendekatan tersebut seolah-olah mengembalikan nostalgia masa silam di kampung.
Ada yang kata cara itu jimat belanja. Namun, terpulanglah kepada penilaian masing-masing.
Dari segi dekorasi, biasanya tikar mengkuang dijadikan alas tempat duduk.
Tidak pun, disediakan meja ala Jepun.
Suasana akan bertambah lagi menarik kalau makanan yang disediakan menepati cita rasa.
Carian SinarPlus mendapati, konsep sedemikian banyak diperkenalkan pengusaha meskipun berada di kawasan bandar.
Sebagai pilihan kepada orang ramai yang mahukan keunikan pada setiap sajian, berikut lima destinasi yang boleh kalian cuba jika berada berhampiran. Antaranya:
1. Lawar Village
Alamat: Jalan SP 11/2, Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor
Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam
Facebook: LAWAR village
Instagram: @lawar_village
2. Warong Tersorok
Alamat: Felda Sungai Panching Selatan, Jalan Panching, Kuantan, Pahang
Waktu operasi: 4 petang hingga 11 malam
Instagram: @warong_tersorok
3. D’PANGKiN
Alamat: Lot 1564, Kampung Bukit Kadir, Nilai, Negeri Sembilan
Waktu operasi: 7 pagi hingga 12 tengah hari
Facebook: D’PANGKiN - Kitchen and Garden Cafe
Instagram: @d.pangkin
4. Rumah Makan 100 Tahun
Alamat: No.56, Jalan D'Albuquerque, Ujong Pasir, Melaka
Waktu operasi: 4 petang hingga 11 malam
Facebook: Rumah Makan 100 Tahun
Instagram: @rumahmakan.100tahun
Baca juga Konsep restoran bawah kolong rumah di Kluang jadi perhatian, menu Rendang Mak Saya paling laku keras
5. Rumah Makan Sri Muallim
Alamat: Lot 4620, Jalan Slim Lama, Tanjung Malim, Perak
Waktu operasi: 10 pagi hingga 4 petang
Facebook: Rumah Makan Sri Muallim
Instagram: @rumah_makan_sri_muallim
Kalau tiada plan khusus pada hujung minggu, bolehlah bawa anak-anak makan di tempat yang dicadangkan.
Sambil makan, boleh usha dekorasi barang klasik yang menghiasi ruang makan. Mungkin ada antara item tersebut belum pernah dilihat.
Lihat saja, jangan pegang ya!
Jika senarai kedai makan yang SinarPlus kongsikan di atas sudah pernah dikunjungi, apa kata kalian kongsikan pengalaman di sana?
Jangan lupa tag kami juga (@sinarplus).
Okey! Selamat mencuba.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!