Konsep restoran bawah kolong rumah di Kluang jadi perhatian, menu Rendang Mak Saya paling laku keras

A
A
A

SEJAK zaman kanak-kanak, Sulastri Kasiman, 39, dan adiknya Sukardi, 37, menjadikan kolong di bawah rumahnya yang terletak di Jalan Cempaka, Kampung Melayu, Kluang, Johor sebagai tempat bermain bersama adik beradik lain serta rakan sebaya.

Itu cerita puluhan tahun lalu. Kini, ruang penuh nostalgia berkenaan ditransisikan menjadi lokasi mereka mencari rezeki dengan berniaga pelbagai jenis lauk-pauk.

Menamakan premis tersebut sebagai Restoran Bawah Kolong, Sulastri berkata, bisnes yang pada awalnya bermula dengan dua buah meja, sebelum menjadi 40 meja kini.

"Sebenarnya, kediaman ini sungguh bermakna kerana ia merupakan rumah pusaka daripada nenek moyang yang akan kami perturunkan kepada anak dan cucu cicit nanti.

kolong

"Ternyata, tuah rumah ini terserlah kerana kuasa viral telah menjadikan Restoran Bawah Kolong terkenal di media sosial. Menariknya tentang premis ini lagi, ia dikelilingi dengan destinasi tumpuan pelancong," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Tidak bergantung kepada populariti restoran semata-mata, beritahu Sulastri, pihaknya turut memastikan sajian yang dihidangkan sentiasa enak tanpa mengurangkan sedikit rencah.

"Pendek kata, setiap menu yang dimasak seperti menjamu keluarga sendiri di rumah," ungkapnya.

kolong

kolong

Secara keseluruhan, terdapat lebih 40 masakan nasi berlauk disediakan untuk makan tengah hari dan makan malam.

"Meskipun Restoran Bawah Kolong dibuka bermula pukul 10 pagi, sudah ramai yang menunggu untuk menikmati lauk-pauk yang dimasak pada setiap hari. Paling mencuri tumpuan ramai ialah Rendang Mak Saya edisi terhad yang kesedapannya sukar untuk ceritakan.

Baca juga Lepak minum kopi di sebalik tirai besi. Kopi Jail di Melaka bawa kelainan

kolong

"Kami berbesar hati apabila ibu saya sendiri, Kamariah Kanan yang memasak masakan itu. Dia masih gigih 'bersilat' di dapur walapun usianya sudah 75 tahun," katanya penuh teruja.

Jika tidak kesampaian untuk menjamah menu tengah hari, orang ramai dipelawa mencuba Set Ujang Kambing yang paling laku keras dan menjadi pilihan untuk hidangan makan malam.

kolong

"Selain itu, udang goreng tepung kami juga menarik untuk dicuba kerana dimasak tanpa kulit (udang).

"Kepada peminat mi, ada beberapa seleksi menu seperti mi hailam, mi bandung dan sup kambing yang rasanya memang padu dan buatkan anda teringat-ingat," katanya sambil tertawa.

Baca juga Ramai pesan Megi Janda Anak Ramai, kedai Megi Dapur Arang Jijo diserbu hampir setiap hari

kolong

Restoran Bawah Kolong

Alamat: No 6 A, Jalan Cempaka, Kampung Melayu, Kluang, Johor

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam (Jumaat tutup)

Menu signatur: Rendang Mak Saya dan Ujang Kambing

Harga: Bermula RM1.50 hingga RM38

Facebook: Restoran Bawah Kolong

Instagram: @restoran_bawahkolong

kolong

Menjadikan rumah sebagai warung atau restoran makanan memang tidak asing lagi sejak dari dulu lagi.

Namun, pendekatan dua beradik yang menambah kolong di kediaman mereka sebagai restoran berjaya menarik perhatian ramai.

Selain destinasi di Kluang, Johor, terdapat beberapa lokasi lain yang tidak kurang menariknya. Antaranya seperti:

kolong

1. Baloh Jembal

Alamat: Lorong Sri Madani, Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam

Menu signatur: Nasi Itik Viral, Set Latte Lokal dan Shell Out

Harga: Bermula RM28 hingga RM59

Facebook: Baloh Jembal

Instagram: @balohjembal

kolong

2. Perkampungan Adat Melayu Seri Banian

Alamat: Kampung Bendang Bukit, Pendang, Kedah

Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam

Menu signatur: Set Melayu Nusantara, Sate Anta Berahi dan Sate Meranging

Harga: Bergantung kepada promosi semasa

Facebook: Kampung Adat Melayu Seri Banian

kolong

3. Golek-Golek Suasana Kampung

Alamat: Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak, Selangor

Waktu operasi: 7 hingga 10 malam

Menu signatur: Sotong masak telur masin dan daging salai masak lemak

Harga: Set bermula RM80

Facebook: Golek-Golek Suasana Kampung

Instagram: @ golekgoleksuasanakampung

kolong

4. Teratak Tempoyak NDA

Alamat: Kampung Pulai, Gopeng, Perak

Waktu operasi: 11 pagi hingga 4 petang

Menu signatur: Gulai tempoyak patin dan set mangkuk tingkat

Harga: Harga set bermula rm25

Facebook: Teratak Tempoyak NDA

Instagram: @terataknda

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca