SETIAP kali anda ingin mencuci langsir di rumah, pasti berdepan dengan masalah mahu memasangnya kembali.
Sudahlah mahu menanggalkannya mengambil masa. Lebih-lebih lagi bagi yang menggunakan cangkuk besi.
Selepas dicuci pasti anda terkial-kial mahu memastikan kedudukan yang betul untuk memasukkan kembali cangkuk berkenaan.
Baca ni Tidak hanya jadi ‘aurat’ sesebuah rumah, langsir boleh bikin kediaman nampak mewah, elegan
Salah pasang lain pula jadinya. Bukan sahaja tidak sama kedudukan, langsir pun nampak tidak kemas dan cantik seperti biasa. Terpaksa pula buka kembali. Leceh kalau berlaku situasi tersebut, kan?
Jom SinarPlus kongsikan cara yang cukup mudah ketika memasang kembali cangkuk langsir selepas dicuci.
Perkongsian tersebut dimuat naik Ct Mas Mohammad menerusi page #kemasrumahwithhani.
Baca ni Cara membuat pengikat langsir tanpa jahit
"Saya ingin berkongsi satu tip atau cara memasang kembali llangsir yang bercangkuk selepas siap dibasuh.
Baca lagiTak tahu nak tentukan pilihan warna langsir? Berikut ada caranya agar tidak tersilap
"Sebelum basuh dan selepas buka cangkuk yang sedia terpasang, buat garisan terlebih dahulu dengan menggunakan marker pen sebagai tanda. Elak menggunakan pensil kerana kesannya mudah hilang apabila basuh," ujarnya.
Menurut Ct Mas lagi, kaedah tersebut memudahkan anda untuk memasang cangkuk itu setelah langsir sudah kering kelak.
"Tidak perlu lagi anda pening nak kira berapa jarak cangkuk atau merenung balik kesan cangkuk sebelum basuh," katanya lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!