PEMERGIAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, 61, mengejutkan ramai.
Allahyarham disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar dan menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.23 malam tadi.
Beliau dimasukkan ke hospital selepas berasa tidak sihat dan muntah-muntah.
Kehilangan pencetus kepada pelbagai Inisiatif Rahmah termasuk Menu Rahmah, Bakul Rahman, Pakej Rahmah dan Kafe Rahmah itu amat dirasai rakyat Malaysia termasuk ahli keluarga, rakan-rakan serta para penyokong.
Susulan pemergian Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkongsi kisah Timbalan Presiden Amanah itu yang menjadi inspirasi.
Kongsinya, amalan itu membolehkan Allahyarham reda dan ceria dalam kehidupannya setiap hari.
"Ini ajaran bekas bos saya Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada saya. Beliau begitu baik hati dan peramah," kongsi Tze Tzin.
Baca juga: Alhamdulillah, Menu Rahmah RM5 makan tengah hari dan malam di 15,000 premis, 15 info perlu tahu
Dalam perkembangan terkini, jenazah Allahyarham dijadual akan disemadikan berhampiran kubur bapanya, Ayub Umar dan datuknya, Awang Abdul Hamid di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Kampung Serkat, Pontian, Johor pada jam 12.00 tengah hari.
Pemergian Allahyarham meninggalkan meninggalkan enam cahaya mata hasil perkahwinan dengan isterinya, Datin Seri Fatimah Taha.
Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sejak tahun 2015.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan ke-15 lalu, Allahyarham memenangi kerusi Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Negeri Johor bagi kawasan Simpang Jeram di Muar.
Sebelum dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018.
Sumber: Facebook Sim Tze Tzin
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, Tiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang