Jangan buang santan basi. Jadikan minyak kelapa homemade, boleh guna untuk lembapkan & atasi masalah kulit sensitif!

Iklan
Untitled design (67)

PERNAH tak alami situasi santan basi? Jika sedikit  mungkin tidak berkira sangat, ini berkilo-kilo memang bikin hati panas,kan?

Sayang jika mahu dibuang begitu sahaja. Sebearnya ia masih boleh digunakan lagi. Lebih baik cuba alternatif ini. Jadikan ia minyak kelapa!

Iklan
Iklan

Memang bagus untuk kegunaan harian. Antaranya sebagai minyak untuk mengurut atau disapu pada kulit yang kering.

Baca ni Tip masak nasi lemak guna santan kotak, biar santan mendidih baru masuk beras & letak minyak masak

Iklan

Jom SinarPlus kongsikan cara membuat minyak kelapa seperti yang dimuat naik oleh Yatie Rahim.

Iklan

"Siap santan masam kami. Terima kasih semua bagi idea. Hampir nak buang santan ini. Elok je kejadian minyak kelapa ini. Bersih dan tidak berbau. Boleh letak pada rambut, siapa kena macam saya boleh lah ikut cara ni," tulis Yatie lagi.

Berikut cara beliau menghasilkan minyak kelapa:

1.Panaskan santan tersebut dengan menggunakan api perlahan.

Baca lagi Kontroversi santan: Benarkah ia sebabkan perut buncit, tingkatkan kolestrol dan picu penyakit kronik? Ini penjelasannya

2. Biarkan santan sampai pecah minyak. Cara ini memang lama dan kena kacau selalu.

3. Masak sampai jadi tahi minyak dan bertukar warna kekuningan atau keperangan. Tutup api.

4. Sejukkan dan tapis untuk ambil minyak sahaja.

Tip tambahan:

- Sebelum dimasak, anda boleh simpan santan masam dalam peti sejuk duhulu. Apabila kepala santan timbul, kaup lalu panaskan. Tidak perlu ambil airnya. Cara ini lebih cepat.

- Anda boleh gunakan tahi minyak tadi untuk membuat kuih kole kacang ataupun dimasukkan ke dalam sambal.

Seorang lagi pengguna Facebook yang dikenali sebagai Syahirah Hanie   berkongsi manfaat minyak kelapa yang diperoleh daripada santan basi.

Baca lagi Pastikan sukatan air, santan tepat, kuih punten akan cantik dan sempurna

 

Kata beliau, minyak berkenaan bagus untuk membantu melembapkan kulit dan mengatasi masalah ekzema.

"Santan basi tu ada lapisan minyak yang boleh jadikan kulit cantik. Ia membantu melembabkan kulit kita. Tidak perlu beli minyak kelapa Dara yang mahal, buat sendiri lagi jimat.

"Oleh itu, jangan buang santan jika sudah basi. Dalam lapisan itu boleh mencantikkan kulit anda. Dahulu, saya dan kembar ada masalah ekzema tahap teruk," ujar Syahihirahhanie.

Berikut cara penyediaan minyak kelapa:

Baca ni Keistimewaan santan, gula dan garam penting dalam pembuatan kuih wajik. Rasa yang padu!

1. Santan yang sudah basi ada tiga lapisan. Bahagian bawah adalah lapisan air, bahagian tengah minyak bercampur lapisan lemak santan. Cara nak pindahkan ke dalam bekas lain, gunting sedikit pada hujung plastik tersebut untuk membuang lapisan air. Apabila air tinggal sikit, terus pindahkan aliran lapisan minyak tu ke dalam bekas pula.

2. Inilah rupanya apabila sudah masuk ke dalam bekas. Tunggu beberapa minit agar lapisan ni menjadi dua pula.

3. Pastikan ia membentuk lapisan seperti dalam gambar. Bahagian atas adalah lapisan minyak. Bawah pula lapisan lemak santan basi. Santan tersebut akan mendap ke bawah.

4. Setelah beberapa minit, tapis minyak tersebut ke dalam bekas lain pula.

5. Tapis dengan perlahan supaya minyak tidak campur dengan lapisan bawah.

6. Inilah hasilnya.

 

Tip:

- Dua botol kecil minyak kelapa diperoleh hasil dari sekilo santan yang dimasak. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif, boleh cuba sapukan sama ada bahagian muka,tangan dan kaki.

Baca lagi Agar-agar pandan santan yang lazat, mudah dan rasa berlemak. Sebut saja dah terliur

-Selain kulit, minyak ini boleh juga dilumur pada rambut anak. Lebat nanti. Jika kulit jenis sensitif, cuba sapu sedikit terlebih dahulu.

Moga bermanfaat!

Sumber: Facebook Yatie Rahim & Syahirah Hanie

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang