Pastikan sukatan air, santan tepat, kuih punten akan cantik dan sempurna

KUIH punten merupakan salah satu sajian tradisional masyarakat Jawa yang masih bertahan sehingga ke hari ini. Secara tradisinya, menu berkenaan dimakan dengan sambal cili padi bagi menghangatkan lagi rasa.

Ramai yang berpendapat kuih punten umpama menikmati nasi himpit, namun ada yang berfikiran sebaliknya.

Hasil carian SinarPlus menemui seorang pembikin dan penjual kuih itu, Nor Zhidah Wazir yang berasal dari Bukit Gantang, Perak.

Nor Zhidah berterus-terang, beliau mempelajari membuat pencuci mulut itu menerusi perkongsian ahli grup Masak Apa Hari Ini.

“Selepas saya mencubanya, saya minta kawan-kawan saya rasa dulu. Saya tak sangka, ramai yang memberi maklum balas yang positif. Selepas itu, mereka sarankan saya menjualnya,” katanya yang mengambil masa kira-kira empat bulan untuk mahir membuat kuih itu.

Menurut Nor Zhidah, dalam pembikinan kulinari tersebut, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah dari aspek sukatan air dan beras termasuk santan.

“Kena sukat air pada kapasiti yang tepat supaya kuih tidak terlalu lembik atau keras. Untuk aroma yang lazat dan berpanjangan, saya memilih meletakkan sedikit daun pandan yang bersaiz kecil,” katanya.

Ujar wanita berusia 39 tahun itu lagi, penyediaan sambal sangat penting untuk menjadikan hidangan tersebut lebih padu ketika dinikmati.

“Untuk sambal, ia adalah resipi saya sendiri. Terlebih dulu, saya akan goreng ikan bilis sebelum dikisar halus. Untuk menjadikan warna sambal lebih menarik, saya tambah sedikit kicap dalam masakan,” katanya.

Satu rahsia penting yang dikongsi Nor Zhidah, bagi memberi rasa yang lebih sempurna, beliau menambah bawang goreng yang telah dikisar dan gula kabung dalam sambalnya.

“Sebenarnya kuin punten ini tidak hanya laku pada musim perayaan saja kerana saya selalu mendapat tempahan untuk jamuan biasa dan majlis keraian kecil dan biasa.

Harganya juga tak mahal, hanya 60 sen sebiji,” katanya.- NUR SUHAIMA NORDIN

Iklan

BAHAN-BAHAN KUIH PUNTEN
Beras (BELI DI SINI)
Santan (BELI DI SINI)
– Air
Daun pandan (BELI DI SINI)
Garam (BELI DI SINI)

Sambal
– 2-3 biji cili api (kisar) (BELI DI SINI)
– 7-8 biji cili besar merah (kisar) (BELI DI SINI)
– 6-8 cili kering (kisar) (BELI DI SINI)
– 1 labu bawang putih (kisar) (BELI DI SINI)
– 2 inci halia (kisar) (BELI DI SINI)
– 3-4 biji bawang besar (potong bulat) (BELI DI SINI)
– 2 sudu besar bawang goreng (kisar) (BELI DI SINI)
Ikan bilis (kisar) (BELI DI SINI)
– Sedikit belacan (BELI DI SINI)
– Air asam jawa (BELI DI SINI)
Gula kabung (BELI DI SINI)
Gula putih (BELI DI SINI)
Kicap (BELI DI SINI)
Bahan perasa (BELI DI SINI)

Cara penyediaan:

Kuih punten:
1. Basuh beras kemudian masukkan air, santan dan garam. Gaul seketika.
2. Masak nasi sehingga kering. Seterusnya, tumbuk nasi dengan botol yang berbalut plastik sehingga hancur.
3. Selepas hancur, bentukkan adunan tadi mengikut kreativiti masing-masing.

Sambal:
1. Panaskan kuali. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
2. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
3. Selepas itu, masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan dikisar.
4. Masukkan air asam jawa, gula kabung, gula putih dan kicap ke dalam sambal tadi.
5. Tunggu sehingga sambal masak dan pecah minyak.
6. Siap untuk dihidang bersama kuih punten.

Iklan

Sumber Norzhidah Wazir

Baca juga: Resipi biskut telur tular hingga lebih 3,000 ‘share,’ sedap dimakan panas-panas

Baca juga: Hanya 4 bahan diperlukan untuk hasilkan Cinnamon Roll. Memang kecur air liur tengok!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi