Tak boleh asap rokok, paru-paru dijangkiti efek suara, Siti Nurhaliza jawab dakwaan suara berubah

Iklan
'Dulu suara kecil, baru 17 tahun'. Siti Nurhaliza jelaskan dakwaan suara berubah, lebih suka vokal matang (4)

DATUK Seri Siti Nurhaliza Tarudin nama yang cukup besar dalam industri hiburan tanah air. Memulakan kerjayanya seawal usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995, Siti tidak pernah menoleh ke belakang lagi.

Memiliki 18 album termasuk buah tangan terbaru, SITISM, kemunculan penyanyi tersohor ini sentiasa dinantikan para peminat.

Iklan
Iklan

Semasa membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH35), Siti meraih perhatian ramai selepas pertama kali mempersembahkan lagi Romansa Kita daripada album terbarunya.

Pun begitu, ada yang memberikan komen lontaran vokal penyanyi berusia 44 tahun itu sudah tidak semerdu dahulu.

Iklan

Siti menerusi laman sosial tampil memberikan penjelasan berkaitan isu tersebut menerusi sesi penstriman langsung di laman sosial.

Baca juga: ‘Hampir semua betul’. Nyanyi lagu Munbe Vaa, sebutan bahasa Tamil Siti Nurhaliza buat ramai terpegun

Iklan

SEMAKIN DIASAH BERTAMBAH BAIK

Menurutnya, suara diibaratkan pensel yang diasah. Semakin lama diasah, ia akan menjadi lebih baik (polished) dan seasoned.

Ia adalah perubahan yang dihadapi ramai penyanyi termasuk artis antarabangsa. Jelas Siti, 'suara kecil' yang dimiliki ketika muda tidak akan berkekalan.

"Semasa awal kemunculan dahulu suara saya kecil. Ketika itu berumur 17 tahun,  saya hanya melontarkan sahaja suara tanpa pelbagai teknik untuk mencantikkan.

"Zaman itu saya menyanyi dengan hanya menjeritkan vokal sahaja. Malah penerbit-penerbit semasa merakamkan album mengatakan suara saya akan berubah menjadi lebih 'besar' dan 'lemak'. Ia memang terbukti," ujar ibu kepada Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Baca juga: Siti Nurhaliza beli kediaman mewah di Dubai, Asyraf Khalid jadikan sumber inspirasi

[caption id="attachment_120340" width="800"] Siti ketika di awal kemunculan. (Kredit foto: sitizoners)[/caption]

COVID-19 EFEK PARU-PARU

Selain itu, pelantun lagu Seribu Kemanisan itu mengakui vokalnya juga turut terkesan selepas diserang Covid-19 pada 2022.

Long Covid menyebabkan penyanyi legenda itu mudah terkesan dengan asap rokok dan batuk.

"Selepas diserang Covid-19 dahulu, ia memberi impak kepada paru-paru dan pernafasan.

"Saya juga pernah berjumpa pakar paru-paru dan disahkan mengalami bronkitis ringan yang sering mengganggu. Terutamanya jika ke tempat yang terdapat individu batuk atau merokok, saya akan mudah dijangkiti.

"Ketika menyanyi nafas akan menjadi pendek. Mukus pada tekak dan paru-paru akan 'kacau' (lontaran vokal) saya," jelas Siti.

Baca juga: 'ni bekalan akhirat saya dan suami.' Siti Nurhaliza bina sekolah Afwa dan Aafiyah untuk anak-anak Gaza

TIDAK AKAN 'DAPAT' SUARA LAMA

Suara emas milik Siti menjadi pujaan ramai. 27 tahun menjadi halwa telinga, beliau mengakui tidak akan mampu mendapatkan kembali vokal yang lama susulan kematangan.

"Kita semakin berusia, suara pun sudah seasoned, akan ada suara base lebih besar.

"Kalau diikutkan, saya lebih sukakan suara sekarang yang lebih matang berbanding dahulu yang kecil sedikit. Sementelah ketika itu nyanyian hanya lontaran vokal (menjerit) semata-mata.

"Jika anda tahu tentang muzik dan vokal, tentu faham akan ada pelbagai variasi pelbagai warna dari segi teknik nyanyian," kongsi Siti.

Ujarnya, kematangan vokal yang dimiliki kini membolehkan beliau berupaya menyampaikan lagu dengan lebih menarik.

Siti baharu sahaja muncul dengan album terbaru SITISM yang memuatkan lapan lagu garapan komposer senior dan muda termasuk dari Indonesia.

Antara nama hebat yang menyumbang karya untuk album berkenaan termasuk Aubrey Suwito, Melly Goeslaw, Sharon Paul, Andi Rianto, Luca Sickta, Tomok dan ramai lagi.

Baca juga: Miliki 329 anugerah, Siti Nurhaliza atasi Celine Dion, Justin Timberlake

Sumber: m.s.zone

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang