DI MANA-MANA pun kita berada, tidak kira di kawasan pekan apalagi di bandar-bandar besar, kedai dobi memang banyak.
Bagi premis yang jenis layan diri, biasanya kemudahan seperti meja, kerusi atau perkhidmatan Wifi disediakan.
Namun, bagi dobi biasa, tiada apa pun yang istimewa. Sekadar menghantar pakaian dan berlalu pergi sahaja, sebelum datang kembali mengambil bungkusan.
Pernah melalui pengalaman sebegitu, usahawan muda, Amar Zamri, 29, mengambil inisiatif mengasaskan Kopi & Dobi di Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Amar ketika dihubungi berkata, baru tujuh bulan beroperasi, reaksi yang diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan, malah ada yang meluahkan rasa gembira dengan keselesaan yang diberikan.
Kepada SinarPlus, Amar berkata, hasrat untuk membuka kedai dobi (bukan layan diri) sudah lama terpendam, cuma masih tercari-cari kelainan yang boleh menarik perhatian pelanggan.
"Lama juga saya ambil masa untuk buat tinjauan di kawasan bersesuaian dan apabila dapat sewa kedai bersebelahan klinik kesihatan, timbul idea untuk buat kafe sekali," kata beliau yang turut mengusahakan premis tersebut bersama abangnya, Amir, 31, dan adik, Anis, 25.
Akui dirinya seorang yang sangat menggemari minuman berasaskan kopi, anak kedua daripada tiga beradik itu mengambil inisiatif sendiri untuk belajar bersama rakan barista lain selama dua bulan.
"Lama juga saya mempraktikkan skil membuat kopi ini di rumah. Rupa-rupanya rahsia untuk menghasilkan kopi yang sedap memerlukan fokus dan teknik yang betul," katanya yang mengimport bijian (kopi) dari Brazil.
Daripada pelbagai jenis kopi, Spanish Latte dan Caramel Macchiato antara yang menjadi rebutan para pelanggan.
Kata Amar, tidak lengkap jika bersantai di ruang kafe hanya bertemankan minuman semata-mata.
"Ia akan lebih menarik jika pelanggan mencuba variasi pencuci mulut yang kami buat sendiri.
"Selain karipap, terdapat mufin dan pelbagai jenis pastri. Selepas menghantar atau mengambil cucian, boleh lepak dulu di premis kami ini," katanya.
Mengulas lanjut, Amar berkata, Kopi & Dobi juga menyediakan khidmat membersih untuk kelengkapan rumah seperti langsir, alas meja, sarung tilam, permaidani atau tilam nipis.
Jika tidak kesempatan untuk menghantar ke premis, pelanggan boleh menggunakan khidmat penghantaran yang disediakan tanpa mengira jarak lokasi.
"Alhamdulillah, saya lihat pendekatan bisnes ini ada potensi besar untuk diperluaskan.
"Jika tiada aral, saya merancang untuk menambah cawangan di lokasi lain pula," katanya.
#JOMSINGGAH
SESUATU yang agak baharu apabila kafe diwujudkan di kedai dobi biasa. Lazimnya, premis layan diri sahaja yang berbuat demikian.
Selain di Selangor, SinarPlus cuba mencari lokasi di luar Lembah Klang.
Kami berjaya temui dobi yang melaksanakan servis seakan-akan sama dengan Kopi & Dobi di Pahang dan Johor, namun dengan pendekatan sedikit berbeza. Berikut butirannya:
Maysan Coffee & Laundry
Alamat: Trefoil@Setiacity, Lot No. Rs-1-8, Block A Retail Level 2, Jalan Setia Dagang AH U13/AH, Setia Alam, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 12.30 tengah hari hingga 10 malam
Menu signatur: Gula Melaka Cafe Latte, Salted Caramel Macchiato dan Spicy Samyang Chicken Chop
Facebook: Maysan Coffee & Laundry
Instagram: @maysan.coffee.laundry
Baca juga Lepak minum kopi dalam rumah. Satu lagi trend baharu yang bikin D’Culture Cafe makin popular
Dobi Sental
Alamat: No 11, Jalan Pendidikan 8/2 , Taman Universiti, Skudai, Johor
Waktu operasi: 9 pagi hingga 12 malam
Menu signatur: Hazelnut Latte
Facebook: Dobi Sental Taman U skudai
Instagram: @kopi.dobi
At Tanjung Laundry Cafe
Alamat: No. 36, Jalan Tanjung Lumpur 7, Kuantan, Pahang
Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 5.30 petang
Menu signatur: Chicken Chop
Facebook: At Tanjung Laundry Cafe
Instagram: @tanjunglaundrycafe
Baca juga Kafe unik dalam kebun bunga. Sambil belek pokok, ‘layan’ kopi dan ‘dessert’. Memang cara!
Suds and Lattes
Alamat: 3-1, Jalan PJU 7/7A, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Menu signatur: Green Curry Seafood
Facebook: Suds and Lattes
Instagram: @sudsandlattes
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang