Lepak minum kopi dalam rumah. Satu lagi trend baharu yang bikin D’Culture Cafe makin popular

DARIPADA sebuah rumah menjadi sebuah kafe dengan imej sofistaked. Itu konsep yang diketengahkan oleh tiga anak muda yang tampil dengan idea segar dan mengagumkan.

D‘Culture Cafe yang terletak di unit banglo di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor membolehkan setiap pengunjung berasakan seolah-olah berada di rumah sendiri.

D Culture CafeSalah seorang pengasas bersama, Muhammad Azizan Misngi Salaton berkata, ilham mentransisikan sebuah kediaman menjadi kafe diperoleh selepas menjelajah ke beberapa buah negara seperti Jepun dan Korea Selatan.

“Kami menemui beberapa rumah yang diubah menjadi sebuah kedai kopi yang menarik. Jadi, saya fikir mengapa tidak konsep yang sama diterapkan di Malaysia?,“ katanya yang berganding bahu dengan dua lagi rakan perniagaan iaitu Nazrul Nizam dan Syafiq Amsyar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

Sebagai seorang yang tidak menggemari kopi, Muhammad Azizan sanggup terbang ke Thailand untuk memupuk diri untuk mencintai minuman berkafein itu.

Pada masa sama, beliau ingin mempelajari dan mendalami konsep serta model yang sesuai untuk perniagaan D‘Culture Kafe.

“Kopi yang kami sajikan memang enak kerana diimport dari Mexico dan Guatemala. Gabungan kedua-duanya tidak terlalu pahit. Ia bagaikan paduan rasa coklat dan latte yang enak,“ katanya.

Antara minuman yang boleh dipesan pelanggan di sana adalah seperti Berry D‘culture, Espresso Matcha D‘Culture, Hot Caffe Latte dan Iced Caffe Latte.

Tidak lengkap secangkir kopi jika tidak digabungkan dengan pilihan menu menyelerakan seperti set sarapan pagi, makanan tengah hari atau kek dan pastri sebagai minum petang.

Baca juga: Kafe dalam gua paling rare di Malaysia, pilihan destinasi iftar dengan keunikan tersendiri

Baca juga: https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/kafe-unik-dalam-kebun-bunga-sambil-belek-pokok-layan-kopi-dan-dessert-memang-cara/

“Segalanya tersedia dari pagi sampai petang. Kalau ditanya apa yang menarik, saya akan syorkan menu seperti nasi putih dengan ayam buttermilk, Big Breakfast D‘Culture, Chicken Smoke Sandwich, Spaghetti Aglio Olio Seafood dan Spaghetti Salted Egg Soft Shell Crab.

Terdapat juga nasi lemak yang dihidangkan bersama rendang ayam istimewa.

Mengenai pemilihan unit banglo berkenaan pula, Muhammad Azizan berkata, kawasan kejiranan yang bersifat eksklusif dan santai menepati ciri-ciri yang dikehendaki pihaknya.

“Kami menerapkan stail industri dan terdapat sedikit sentuhan scandivania. Setiap ruangan memiliki aura yang tersendiri.

Iklan

“Mahu minum sambil bersantai di luar rumah pun boleh kerana kawasan ini boleh memuatkan lebih kurang 80 orang pada satu-satu masa,“ katanya yang turut menyediakan kawasan tempat letak kereta khas.

D Culture Cafe D‘Culture Cafe
Alamat: No 7, Jalan 1, Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 7 malam
Menu signatur: Berry D‘culture, Espresso Matcha D‘Culture, nasi putih ayam buttermilk dan Big Breakfast D‘Culture
Harga: Bermula RM7 hingga RM50
Facebook: D‘ Culture Cafe
Instagram: @dculture.cafe

BUAT peminat kopi, pemilihan tempat yang selesa dan santai antara kriteria penting untuk mereka menghabiskan masa terluang sambil menikmati minuman kegemaran.

D‘ Culture Cafe antara premis yang memenuhi kriteria berkenaan. Selain mereka, SinarPlus senaraikan empat lagi lokasi menarik yang boleh dicuba:

Rumah putihRuma Puteh Cafe
Alamat: 60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga 7.30 malam
Menu signatur: Set nasi kerabu
Harga: Bermula RM4 hingga RM33.90
Facebook: Ruma Puteh Cafe
Instagram: @rumaputeh

GabakGabak Kopi Rumah Usang
Alamat: 66-3, Jalan Dagang, Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: 2 petang hingga 10.30 malam ( Rabu tutup)
Menu signatur: Kopi Gabak
Instagram: @gabak_kopirumahusang

Iklan

Foliage Coffee
Alamat: 9-11, Jalan Desa Utama, Taman Desa, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
Menu signatur: Foliage Big Breakfast
Facebook: Foliage Coffee

100 Houz Coffee & Breakfast
Alamat: No 100, Jalan Reko, Taman Hijau, Kajang, Selangor
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Menu signatur: Roti pisang,
Facebook: 100Houz
Instagram: @100HouzKajang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.