Ini 4 destinasi taman tema air indoor di Pulau Pinang. Tak perlu berpanas, mak-mak pun senang nak pantau anak-anak

Iklan
pulau pinang indoor waterpark

PULAU PINANG antara destinasi pelancongan popular yang menjadi pilihan ramai untuk staycation pada hujung minggu.

Selain terkenal dengan makanan yang enak, lokasi OOTDnya memang gempak dan kawasan lautnya juga mempesona.

Iklan
Iklan

Itu sebab ramai suka datang ke Pulau Pinang.

Mengambil peluang itu, beberapa pengusaha hotel dan rekreasi menawarkan keunikan taman tema air di dalam premis! Ya, benar, taman tema indoor, mudah kata.

Iklan

Lagi best, ibu bapa sudah tak perlu nak keluar berjalan selepas check in kerana semua kemudahan buatkan si kecil tak duduk diam. Namun, jangan biarkan ya, kena awasi juga.

Iklan

Kolam renang juga ada. Biasalah kita kalau bercuti, kolam renang mesti yang paling dicari.

Hal makanan tak perlu risau kerana kebanyakan tempat sudah tersedia ruang khas untuk anda menikmati pelbagai jenis sajian.

 

Berikut antara pilihan yang boleh dipertimbangkan jika kalian merancang untuk bercuti ke Pulau Pinang:

1. Grand Orient Hotel Penang

Alamat: No 3079, Jalan Laguna 1, Kampung Jawa, Perai, Pulau Pinang

Waktu operasi: 24 jam

Facebook: Grand Orient Hotel

Instagram: @grandorient_hotel

Baca juga Homestay warna-warni tengah sawah, siap ada kolam renang untuk kanak-kanak. Ini 5 destinasi bercuti popular wajib singgah

2. Shangri-la Golden Sand

Alamat: Jalan Batu Ferringhi, Kampung Tanjung Huma, Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Waktu operasi: 24 jam

Facebook: Shangri-La Golden Sands, Penang

Instagram: @goldensandsresort

3. The Lost Paradise Resort

Alamat: 260, Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Waktu operasi: 24 jam

Facebook: The Lost Paradise Resort

Instagram: @thelostparadiseresort

Baca juga 5 destinasi hotel viral dengan keunikan kolam renang, lokasi nombor 1 memang kena pergi

4. Bertam Resort

Alamat: PMT 2200, Persiaran Bertam 8, Kepala Batas, Pulau Pinang

Waktu operasi: 24 jam

Facebook: Bertam Resort, Penang

Instagram: @bertamresortpenang_

Jadi, apa tunggu lagi? Kalau plan nak bercuti singkat di sana, cepat rancang perjalanan.

Paling penting, booking bilik awal untuk dapatkan harga lebih berbaloi.

Sekarang mudah kerana banyak pilihan platform online untuk buat tempahan di destinasi yang diimpikan.

Okey! Selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang