CUTI panjang sempena sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini membuatkan ramai yang merancang untuk berlibur di destinasi popular bersama keluarga.

Selepas penat melapah daging korban di kampung halaman atau taman perumahan sendiri, apa kata rehatkan diri di lokasi yang dicadangkan SinarPlus.

Carian di media sosial mendapati, sudah ramai pengusaha membangunkan tanah kosong dengan konsep homestay atau vila yang memiliki nilai tersendiri.

Tidak hanya membina sebuah kediaman eksklusif dengan kemudahan kolam mandi, ruang pandang yang luas dengan bonus panorama sawah padi yang menghijau jadi satu kelebihan.

destinasi popular homestay pelangi

Malah, mereka juga kreatif mereka bentuk rumah dengan pelbagai desain penuh warna-warni demi memikat hati pengunjung.

Mana tahu, ada yang sanggup mohon cuti ekstra dengan bos gara-gara tak puas mahu beristirahat. 🤣

Berikut lima destinasi homestay special yang boleh dipertimbangkan jika kalian berada berhampiran:

destinasi popular homestay pelangi

1. Padihijau Homestay

– Jika kalian bercuti di sini, boleh pilih dua jenis penginapan iaitu chalet tiga segi dan unit banglo.
– Jika datang dengan famili besar, lebih baik menginap di banglo yang lengkap dengan dapur.

destinasi popular homestay pelangi

 

destinasi popular homestay pelangi

Alamat: No 15, Parit 8 Timur, Sungai Besar, Selangor
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: PadiHijau Homestay
Instagram: @homestay_padihijau

destinasi popular homestay pelangi

2. Homestay Dahlia II

– Banyak pilihan bilik ditawarkan di Homestay Dahlia II.
– Selain mempunyai kemudahan kolam renang, pengunjung juga dipelawa untuk bermain ATV atau beriadah di tali air.

Baca juga Pakej lengkap Banjaran Nakawan dan harga murah, padanlah Warung Tepi Sawah jadi tumpuan VVIP dan selebriti

destinasi popular homestay pelangi

destinasi popular homestay pelangi

Alamat: Batu 4, Parit Haji Amin, Kuala Kurau, Perak
Waktu operasi: 8 pagi hingga 11 malam
Facebook: Homestay Dahlia II, Batu 4, Parit Haji Amin, Kuala Kurau
Instagram: @homestaychaletdahliaii

destinasi popular homestay pelangi

3. Rumakici

– Terkenal dengan konsep minimalis dengan dua unit rumah dengan keluasan 26X10 kaki persegi di tepi sawah.
– Lagi seronok, kolam renang besar dibina di tengah kediaman. Ruang juga privasi daripada tatapan orang ramai.

Baca juga Dari Sekinchan ke Kuala Selangor, rasai pengalaman bermalam di pinggir sawah padi

destinasi popular homestay pelangi

destinasi popular homestay pelangi

Alamat: Jalan Setulang Daeng, Pulau Gadong, Melaka
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: rumakici
Instagram: @rumakici

Iklan

destinasi popular homestay pelangi

4. Serene.GG Villa

– Jika mahukan percutian privasi, Serena.GG Villa antara pilihan terbaik.
– Lengkap dengan pembantu, servis basuh baju, kolam infiniti, jakuzi dan ruang yang luas serta berpagar.
– Paling penting, tempat OOTD disediakan.

destinasi popular homestay pelangi

Alamat: Lot 16094, Jalan Parit 8 Timur, Sungai Besar, Selangor
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: Serene.GG
Instagram: @serenegg_villasawah

destinasi popular homestay pelangi

5. Mirnaz Roomstay

– Antara destinasi transit popular di Perlis untuk mereka yang mahu melancong ke negara jiran.
– Jangan risau, banyak pilihan bilik. Antaranya cottage pelangi, kabin deluxe dan kayu tradisional.

destinasi popular homestay pelangi

Alamat: Lot 2355, Jalan Kaki Bukit, BaTu 3, 3/4, Kampung Masjid, Kangar, Perlis
Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang
Facebook: Mirnaz Roomstay

Iklan

Seronok sebenarnya kalau sekali-sekala dapat bercuti walaupun hanya satu malam.

Paling teruja, sudah tentunya anak-anak sebelum mereka sibuk dengan sesi persekolahan pula.

destinasi popular homestay pelangi

Jika tiada kesempatan untuk bercuti pada minggu ini, tak mengapa.

Boleh plan dan booking dulu pilihan homestay idaman, sampai masa nanti bolehlah berehat di sana.

Okey! Selamat Hari Raya Aidiladha dan berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!