Nak wajah bersih wajib buat 7 perkara ini masa cuci muka, jerawat pun tak tumbuh

Iklan
wajah

Nak wajah bersih wajib buat 7 perkara ini masa cuci muka, jerawat pun tak tumbuh

JERAWAT memang isu biasa, namun ia sangat mempengaruhi kualiti kehidupan seorang wanita.

Iklan
Iklan

Rupanya mencuci muka adalah bahagian paling penting dalam rutin penjagaan kulit anda.

Ia mungkin kelihatan mudah, tetapi mencuci muka memerlukan masa dan perhatian.

Iklan

Melakukannya dengan cara yang betul boleh membuat perbezaan antara kulit yang berseri-seri dan jerawat.

Sebenarnya, anda disyorkan untuk mencuci muka dua kali sehari. Walau bagaimanapun, jumlah kali anda mencuci muka mungkin kurang penting daripada cara kerja itu dilakukan.

Iklan

Tidak kira jenis kulit, tekstur atau keadaan semasa anda, rutin pembersihan waktu malam adalah sangat penting.

Berikut tujuh perkara yang anda wajib buat kalau inginkan kulit muka yang bersih dan segar. Bila kulit bersih, tak pakai solekan setiap hari pun tak mengapa.

CARA CUCI MUKA DENGAN BETUL, KULIT JADI FRESH!

1. Double hingga triple cleansing

Tahukah anda bahawa dengan hanya sekali cucian muka, sebenarnya tidak cukup bersih. Sebab itulah, semua pakar kulit menyarankan untuk anda melakukan double cleansing bahkan ada juga triple cleansing!

Selepas mencuci muka dengan ‘make-up remover’, anda sangat disarankan untuk menggunakan oil-based cleanser pula sebelum menggunakan pencuci muka yang sebenarnya. Paling penting adalah cari pembersih muka yang lembut dan tidak membuatkan kulit kering atau seperti ditarik-tarik.

Baca juga Wanita ini dedah petua tradisi hilangkan jerawat halus, jeragat & menutup pori guna ais tomato. Kulit pun jadi tegang & cantik

 

2. Berbuih bukan bererti bersih

Bila beli sahaja pencuci muka yang tidak berbuih, anda akan terus buang kerana dikatakan tidak membersih secara keseluruhan. Salah macam itu! Sebenarnya, pencuci muka yang tidak berbuih masih berfungsi dengan hebat untuk menghilangkan segala kotoran di wajah anda.

Paling penting adalah jangan guna sabun badan untuk mencuci wajah kerana tahap pH dalam dua bahan ini adalah berbeza.

3. Air panas atau air sejuk?

Ada mitos dan pendapat yang mengatakan bahawa mencuci muka dengan air suam adalah lebih berhasil dalam membersihkan pori dari air sejuk. Kalau dilihat sesi penjagaan kulit orang di negara Barat pun, mereka lebih suka menggunakan air suam untuk mencuci muka.

Jangan risau, kerana air sejuk pun boleh sahaja digunakan untuk mencuci muka dan masih membersihkan kotoran pada tahap maksima. Bahaya juga kalau air terlampau panas, boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif!

4. Tidak wajib gunakan kapas kecantikan

Kapas wajah habis? Jangan risau kerana sebenarnya anda tidak perlu pun menggunakan kapas untuk mencuci muka. Boleh sahaja kalau ada tetapi menggunakan jari sendiri adalah lebih berkesan dan lembut sahaja di kulit.

Tetapi, paling penting adalah untuk menggunakan pencuci yang mengandungi bahan magik seperti salicylic acid, glycolic acid, lactic acid, atau fruit enzymes. Membersihkan wajah secara berkala dengan bahan-bahan ini boleh membuat kulit lebih ‘glowing’.

Baca juga Jerawat memang merimaskan dan ganggu penampilan kita. Jom cuba penjagaan kulit harian nombor 1 di Jepun ini

5. Pastikan peralatan mencuci bersih

Kalau anda ada menggunakan kapas atau span muka untuk sesi mencuci, pastikan peralatan ini betul-betul bersih. Pemilihan peralatan yang khusus untuk membersih muka dan bukan jenis pakai buang (disposable) juga sangat penting kerana bahan yang terkandung adalah khas untuk kecantikan kulit.

6. Jangan fokus cuci muka sahaja

Bila mencuci muka, janganlah hanya bahagian muka sahaja yang diberikan penelitian. Apa kata bersihkan juga bahagian rahang dan leher kerana jika kawasan ini tidak bersih, boleh memberi kesan kepada kulit berjerawat tau!

Lakukan gerakan dari bawah dagu ke atas tulang pipi dan gerakan dari rahang ke telingga kerana teknik ini akan melancarkan peredaran darah. Bila darah mengalir dengan elok, muka pun akan nampak kemerah-merahan dan sihat.

7. Keringkan dengan betul

Mengeringkan muka pun ada caranya dan bukan hanya menggunakan tuala sahaja. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menepuk lembut wajah supaya air dapat diserap ke dalam kulit. Kalau hendak menggunakan tuala, gunakan material tuala yang lembut dan khas untuk muka sahaja. Jangan campur-campur dengan tuala badan!

Baca juga ‘Mata panda’ jejas keayuan wajah wanita. Ketahui 5 rahsia untuk atasinya

Setelah siap buat tujuh langkah ini, barulah anda boleh tidur dengan wajah bebas kotoran.

Selamat beramal semoga bermanfaat!

Sumber: Healthline

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!