Resipi mi sup pedas ala Cina paling mudah nak buat, sedapnya hirup kuah panas-panas
JIKA anda biasa tengok rancangan mukbang Cina, mesti ada menu mi sup pedas dengan telur rebus. Kadang memang terliur dibuatnya.
Nama betul menunya ialah Hot and Sour Glass Noodle Soup, Suan La Fen.
Memang sedap! Tengok fotonya pun dah menggoda. Rupanya cara buatnya pun sangat senang.
Resipi yang dikongsi wanita dikenali Zurina Zulkefli itu ringkas, hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur.
Mi sup pedas dimakan bersama telur rebus dan menggunakan mi kanji ubi. Fuh! Pasti sedap hirup kuah panas-panas. Jom cuba.
Terdapat 4 bahagian utama yang perlu disediakan;
- Minyak cili
- Air rebusan stok ayam
- Mi kanji ubi (potato noodle)
- Telur direbus
Cuba juga Simple tapi sedap. Wanita ini kongsi resipi cara masak mi jawa kuah pekat, padu sejak 2009 lagi
MINYAK CILI
Bahan-bahannya;
- *1 sudu besar chili flakes [Beli di sini]
- *2 ulas bawang putih dicincang halus
- *1 sudu kecil biji bijan [Beli di sini]
- *1 sudu besar cuka makan/cuka hitam
- *4 sudu besar kicap cair [Beli di sini]
- *Sedikit garam
- *Serbuk lada sinchuan lagi sedap (optional)
- 3 sudu besar minyak masak/minyak bunga matahari/minyak bijan [Beli di sini]
Cara membuatnya;
1. Sediakan satu mangkuk kecil. Masukkan bahan-bahan bertanda * di atas dan gaulkan.
2. Panaskan minyak masak/minyak bunga matahari/ minyak bijan. Langsung tuang minyak panas tersebut ke atas bahan-bahan yang dikacau tadi.
Cuba juga Nampak simple tapi boleh buat makan bertambah! Ibu boleh cuba bihun sup ‘bodo’ 5 bahan ini
MI KANJI UBI (POTATO NOODLE)
1. Kalau biasa buat Japchae, mesti guna mi [Beli di sini] jenis ni. Ada jual di pasaraya besar.
2. Rebus mi ni selama 10 minit untuk dapat tekstur betul-betul lembut. Toskan dan letak di dalam mangkuk. Tuangkan minyak cili tadi ke atas mi.
3. Masukkan air rebusan stok ayam ke atas mi. Saya guna kiub pati ayam je. Siap. Taburkan sedikit hirisan daun bawang. Masukkan telur rebus.
Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Sumber: Zurina Zulkefli
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!