Petua mudah kacang tanah goreng kekal rangup, hanya basuh & letak 7 sudu bahan ini

Iklan
Petua mudah kacang tanah goreng kekal rangup, hanya basuh & letak 7 sudu bahan ini

KACANG tanah goreng pelengkap sajian nasi lemak, soto dan bahan utama kuah kacang. Kalau tak ada bahan ini, tak sempurnalah hidangan kan?

Ramai yang suka kacang goreng, enak dimakan begitu sahaja. Tapi apabila memikirkan perlu berdiri lama untuk menyangai dan menggoreng, lemah sangat dibuatnya. erlu sentiasa dikacau agar tidak hangit.

Iklan
Iklan

 

[caption id="attachment_121083" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

Iklan

Kini tak perlu lagi memikirkan kacang tanah lemau tidak garing. Anda boleh mencuba cara menggoreng kacang yang dikongsi Eja Razak ini. Sekejap sahaja kacang garing dan kekal rangup.

Baca juga: Mudah dan sihat, resipi peanut butter ini menjimatkan, hanya guna satu bahan!

Iklan

Berikut tip menggoreng kacang yang mudah dan tidak memakan masa yang lama:

1-Cuci kacang tanah berkenaan terlebih dahulu kemudian toskan.

2-Masukkan kacang ke dalam kuali dan kacau sehingga air kering.

3-Kemudian masukkan tujuh sudu besar minyak masak. Sukatan ini adalah untuk sekilogram kacang tanah.

4-Gunakan api dapur paling kecil, kacau kacang selama 25 minit.

5-Apabila kacag semakin ringan dan warnanya hampir bertukar, tutup api, angkat dan toskan minyak.

6-Menurut Eja, awalnya kacang mungkin dirasakan kurang rangup, namun semasa proses penyejukan ia akan menjadi rapuh.

Dengan petua ini, makin mudahlah tugas emak-emak menyediakan kacang tanah goreng.

Baca juga: 1,400 share, resipi mudah kacang sira pedas 5 bahan, sedapnya tak sedar habis sebalang

KHASIAT KACANG TANAH

[caption id="attachment_121084" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: PIxabay)[/caption]

Tahukah anda kacang tanah kaya dengan khasiat? Ia kaya vitamin dan mineral seperti berikut:

1-Kacang tanah adalah sumber protein yang baik.

2-Walaupun tinggi kandungan lemak, kacang tanah rendah karbohidrat dan rendah indeks glisemik. Elok dimakan pesakit kencing manis dalam kuantiti sederhana.

3-Kacang tanah adalah salah satu sumber biotin terkaya, yang penting semasa kehamilan untuk pertumbuhan embrio dan menguatkan imuniti.

4-Niasin yang juga dikenali sebagai vitamin B3 juga boleh didapati dari kacang tanah. Ia mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

5-Kacang tanah mempunyai folat iaitu vitamin B9 atau lebih dikenali sebagai asid folik. Folat mempunyai banyak fungsi penting dan amat penting untuk wanita semasa kehamilan terutama bagi pertumbuhan janin.

6-Kacang tanah kaya vitamin E. Ia antioksidan yang kuat yang sering dijumpai dalam dalam makanan berlemak.

7-Kacang tanah adalah sumber fosforus yang baik, mineral yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan penyelenggaraan tisu badan.

8-Ia juga mengandungi magnesium iaitu mineral yang dapat melindungi daripada penyakit jantung.

Baca juga: Rempeyek resipi nenek sedapnya sampai 3,800 share, mudah sangat, rangup tak sedar habis sebalang

Sumber: Eja Razak, Healthline

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang