1,400 share, resipi mudah kacang sira pedas 5 bahan, sedapnya tak sedar habis sebalang

KACANG tanah salah satu kudapan yang selalu menjadi pilihan. Ia adalah sumber yang hebat dari beberapa nutrien penting, termasuk pelbagai vitamin dan mineral.

Makan begitu sahaja pun sudah sedap, inikan pula jika bersalut dan ada perisa kan?

Bagi penggemar kekacang, bolehlah cuba menyediakan sendiri kacang sira pedas ini berpandukan resipi yang dikongsikan Siti Aisyah ini.

Baca juga: Rangupnya! Resipi ayam goreng garing krup krap sedap, rahsianya kena salut bahan ini

“ Saya selalu buat kacang sira pedas manis ni time raya. Bahannya sangat simple.

“Tak raya pun boleh je buat. Syok jugak mengunyah kacang ni sambil tengok tv,” kongsinya.

Baca juga: Sedapnya bingka ubi kayu bakar guna air fryer, mudah dan cepat, tak perlu oven

KACANG SIRA PEDAS

Bahan-bahan
1kg kacang tanah (digoreng) [BELI DI SINI]
½kg ikan bilis (digoreng) [BELI DI SINI]
Serbuk cili (kuantiti mengikut tahap kepedasan dihendaki) [BELI DI SINI]
4 senduk gula [BELI DI SINI]
2 sudu teh garam (opsyenal) [BELI DI SINI]
Air secukupnya

Cara penyediaan

1-Masukkan serbuk cili dan sedikit air ke dalam kuali.

2-Awas, jangan cair sangat. Kacau sentiasa agar tidak hangit.

3-Kemudian masukkan gula pasir dan garam. Sentiasa kacau dan pastikan api kecil.

4- Apabila gula cair, berbuih dan nampak pekat, bolehlah masukkan kacang tanah dan ikan bilis yang sudah siap digoreng. Api kekalkan kecil sahaja.

5- Kacau rata semua bahan.Mula-mula anda akan berasa susah untuk mengacau dan melekat.

6-Kacau lama sampai ia benar-benar kering.

Iklan

7- Apabila kering, angkat dan tuangkan ia ke dalam dulang.

8-Sejukkan sebelum disimpan. Namun jangan sejukkan di bawah kipas angin kerana bimbang kacang lemau.

9-Selepas betul-betul sejuk, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.

Baca juga: Resipi rempeyek kacang tanah rangup, mudah buat

INFO KHASIAT KACANG TANAH

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Kacang tanah mengandungi pelbagai khasiat. Berikut adalah kandungan nutrisi dalam 100 gram kacang tanah mentah:

  • Kalori: 567
  • Protein: 25.8 gram
  • Karbohidrat: 16.1 gram
  • Gula: 4.7 gram
  • Serat: 8.5 gram

Dalam 100 gram kacang terdapat 49.2 gram lemak yang terbahagi kepada:

Iklan
  • Lemak tepu: 6.28 gram
  • Lemak tak tepu tunggal: 24.43 gram
  • Lemak politaktepu: 15.56 gram
  • Omega 6: 15.56 gram

Kandungan lemak dalam kacang ini adalah antara 44 hingga 56 peratus yang terdiri daripada asid oleik dan linoleik.

Selain itu, kacang tanah juga mengandungi banyak vitamin dan mineral seperti di bawah:

  • Biotin
  • Niasin
  • Folat
  • Mangan
  • Vitamin E
  • Tiamin
  • Fosforus
  • Magnesium

Baca juga: Meriahnya! Resipi mi goreng sedap 60 orang makan, idea menarik potluck atau jamuan. Jimat belanja!

Baca juga: Sedapnya kuah kacang, resipi turun temurun yang simple tapi padu

Sumber: Nama Saya Siti Aishah, Halodoc

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.